Tuesday, July 8, 2014

Review novel : Jurutera hati saya

Di awal pembacaan agak bosan, masuk pertengahan ok dan tak sabar nak habiskan, nak tau ending. Tapi saya tak suka endingnya. First kot novel yang ending camni, then ending macam penulis cepat-cepat nak habiskan novelnya. Ending macam tergantung pun ada.

Sinopsis

Impian Melisa hendak berkahwin dengan jurutera. Dia bekerja sebagai PA kepada jurutera Haji Ibrahim (kot, lupa nama). Kawan baiknya, Mimi PA kepada Irfan, lelaki yang pernah dia suka zaman sekolah dahulu. Di pejabat, Mel dan Irfan sentiasa bertelagah. Emak Irfan berkenan dengan Melisa untuk di jadikan menantu. Mel dan Taufik, teman Irfan bercinta. Mereka bercinta tanpa pengetahuan sesiapa. Taufik merahsiakan statusnya sebagai anak kenamaan dari Melisa. Setelah Mel dilamar Taufik baru lah dia berterus terang dan Mel di bawa berjumpa keluarganya untuk memohon restu. Ibu bapa Taufik tiada masalah untuk menerima Mel tetapi tidak neneknya. Dapatkah cinta mereka bersatu?

Banyak lagi plot saya tak mention kat sini. Beli la novel ni kalau nak tahu. Recommended.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...