Tuesday, August 26, 2014

Review novel : Semerah Red Velvet


Rasanya ini karya kedua dari penulis ini yang saya dah baca. Novel ni best. Saya suka. 4.8 bintang.

Sinopsis
Raina, 21 tahun bercinta dengan Shahir, 23 tahun yang juga anak kepada pelanggannya. Sudah 2 tahun bercinta tetapi Shahir masih belum matang dan menganggur. Baginya cukup hidup dengan harta ibu bapanya. Raina yang datang dari keluarga besar yang sederhana dan menggalas tugasan rumah selepas kematian ibunya. Selepas berlakunya satu insiden di tempat kerja Rania, hubungannya denga Shahir terputus dan bermulanya perkenalan dengan Emir sehinggalah mereka dinikahkan selepas sebulan perkenalan. Selepas berkahwin, mereka saling belajar mengenali hingga satu tahap Rania rasa tidak mampu bersabar lagi dan meminta Emir memberikan ruang kepada hubungan mereka. Dapatlah perkahwinan mereka diteruskan dengan kehadiran Zalia bekas tunang Emir dan Emir yang cemburukan Zayn, pelanggan kek Rania?

Saya berjaya habisjan novel ni dalam masa 3 hari. Pencapaian yang singkat sejak saya berkahwin. Biasanya 1-2 minggu baru khatam. Ceritanya menarik dan dunia baru tentang kek yang saya baru kenal.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...