Monday, September 8, 2014

Mum & Kids Fair vs PC Expo

Salam..
6 September, sabtu kami sempat ke SPICE (PISA). Ada Mum & Kids Fair juga PC Expo. Satu hall je dan bersebelahan. 2 in 1. Kunjungan kami dah lewat petang, goodie bag dua-dua expo dah habis. Kami pergi yang kids fair dulu. Register juga untuk contest 'like & share'. Hubby dapat wiven bag kosong. Saya dapat woven bag berisi barang wanita. Tak banyak pun booth yang join. Sama seperti event lepas. Diapers hanya mamypoko. Pada yang mencari baju, bips, stokin, breast pump dan botol susu ada beberapa booth. Lain- lain booth insuran, stem cell, air soya, baby toileteries, stroller, mainan baby. Itu je yang ingat.

Lepas habis pusing, masuk ke PC Expo lak. Register untuk contest, check in fi FB (dapat pen). Expo ni memang beza sangat dengan sebelah. Sangat meriah. Promoter memanggil-mangil, menarik pengunjung kr booth mereka dan mengedar flyer. Setiap booth jual benda yang lebih kurang je. Power bank, laptop, internet security, kabel, handphone, broadband dan booth kad kredit.

Kami terjebak juga membeli pakej power bank. Dengan bayaran RM 100 dapat 2 power bank 20000 maH, 1 mp3 dan baucar RM30 yang kena tebus on the spot berdasarkan pilihan barang-barang tertentu. Promoter booth tu memang mengejar sale. Once cakap setuju, terus mintak duit dan di beri resit. Kena beratur di bahagian lain untuk claim barang. Cam c***k*.

Baris dalam 30 minit baru dapat barang. Memang promoter tu push untuk kita buat pilihan sepantas mungkin dan barisan yang menunggu masih panjang. Hubby suruh saya buat pilihan dan kami pilih 3 barang. Kat bawah ni gambar kiri yang beli dari PC Expo + gift.

Lepas tu pegi kaunter redemption. Kalau beli barang harga RM100 dan ke atas leh dapat cop dan main spin and win. Dapat la pen sebatang. Kemudian pecut balik sebab lum maghrib dan nak pergi pasar malam.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...