Thursday, March 5, 2015

Review Novel : Hujan Rindu

Pembacaan novel ni sangat lambat, awal tahun yang sungguh sibuk dengan workload, jalan cerita yang agak slow dan berat menjadikan saya mengambil masa yang lama untuk sudahkan pembacaan. Pembacaan kejap waktu semasa, kejap flashback beberapa bulan lalu, kejap flashback 30 tahun lalu. kadang-kadang pening gak tapi dah masuk half pembacaan, rasa tak sabar nak tahu kesudahannya. Kisah ni sangat banyak konflik. Bersedia lah untuk memberatkan kepala semasa membacanya. Happy ending tapi penuh air mata di pengakhirannya.

Sinopsis
Anum Dahlia dilahir dan di besarkan di luar negara, kembali ke Malaysia kerana ingin mencari ahli keluarga ibunya yang telah 30 tahun tidak kembali. Dia menyamar sebagai pelajar yang mencari bahan rujukan tentang silat dan berteduh di rumah Tok Anjang iaitu datuknya yang sebenar. Dia menambat hati mereka suami isteri sehingga Nek JAh menganggap dirinya cucu mereka yang sebenar. Di kampung banyak rahsia ibunya yang di ketahui. Razman, teman ibunya datang mencarinya di kampung dengan menyamar sebagai bapa saudaranya dan memaksanya meneruskan rawatan penyakit yang dihidapinya. Yuzer, lelaki yang ditemui di lapangan terbang yang melayannya dengan kasar rupa-rupanya saudara Tok Anjang dan mereka bertemu semula di kampung. Kehadiran Emir yang cuba memikat Anum menyedarkan Yuzer yang dia cemburu. Yuzer curiga dengan Razman setelah Nek JAh menelefonnya dan meminta mencari Anum. Nek jah megetahui Anum adalah cucunya tetapi merahsiakan dari pengetahuan Tok Anjang yang panas baran dan masih marahkan Suffiyah. Dapatkah Anum menyatukan ahli keluarganya yang pecah belah? Bagaimana akhirnya kisah dirinya dan Yuzer?

Seperti yang saya nyatakan di atas, banyak konflik, babak dan plot sehinggakan saya tak dapat nak sinopsiskan kisah ini dengan baik. Banyak lagi kisah antara watak-watak yang ramai itu. Peminat novelis ini mesti tak lepaskan peluang nak baca.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...