Thursday, August 27, 2015

Review novel: Ku peluk Hati mu



Salam \(-_-)/
Jom review novel terbaru dari penulis Rozita Abd. Wahab. Nice! Best! Saya suka. Banyak bintang nak bagi. Novel yang bawa kisah kekeluargaan, persahabatan dan semestinya cinta. Sangat banyak watak dalam ni dan nicely semua nama mudah sebut. Ada beberapa persoalan lepas saya tamatkan pembacaan. Nanti saya mention lepas sinopsis.

Sinopsis

Dewi Karmila bekerja sepejabat dengan Rizuan, (Juan) playboy yang gemar bertukar teman. Dewi berteman rapat dengan Mira dan Pian sejak zaman kolej lagi. Pian telah lama sukakannya dan itu bukan lagi rahsia tetapi Dewi telah menutup perasaannya pada Pian atas ketelanjuran kata-katanya. Rizuan mula menyedari dia jatuh cinta pada Dewi tetapi Dewi masih melayannya sebagai kawan baik. Hinggalah pada suatu malam dia melihat Pian di hadapan rumah Dewi dan dia terus mengelakkan diri dari Dewi. Pian pula kecewa setelah ditolak oleh Dewi dan harus menerima keputusan ibunya untuk bertunang dengan Mira. Juan yang terserempak dengan pasangan yang ingin bertunang itu bersorak gembira kerana Dewi masih bukan milik siapa-siapa.

panjang kot nak habiskan sinopsis versi saya, habis semua part saya cerita nanti. hahaha.. baik baca sendiri. Banyak lagi episod dan adengan yang terjadi. Tak rugi memilikinya. Tetapi saya ada beberapa persoalan. antaranya :-

Apa jadi dengan kehidupan Zulastri selepas itu? Camna ngan hubungan keluarga Mak Cik Jamilah? Mak dia, kakak dia? Camna kesudahannya? Hadi jadi ke kahwin? Hak penjagaan anak camna lak? Apa kes Pian?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...