Temujanji kedua di klinik pakar untuk second pregnancy. Kali ni hari Isnin. Kebetulan pesakit tak ramai. Dapat la pergi awal ke klinik. Tapi kali ni tak ambil nombor siap-siap. Takut lambat pergi, staf sana asyik call macam hari tu. Pergi dalam 9 pagi. Tunggu dapat nombor, pastu cek urin. Toilet full, nasib la staff, guna je toilet luar. Lepas tu ke kaunter booking. Tunggu giliran,lama juga. Timbang berat dan cek BP je pastu dekat sejam gak la menunggu. Ada staf nampak saya baru di panggil.
Masuk jumpa doktor India, perempuan. Bukan doktor hari tu. Rasa macam doktor yang scan lepas. Muka masam je. Tak friendly langsung. Buka fail saya sana sini. Dah lama baru bersuara, "awak yang minta czer dulu" tak tau la soalan ke kenyataan. Dari awal tanya kan senang, leh saya explain A to Z, tak nampak ke beruniform. Explain masalah dulu. Muka dia kelat jugak. Bagi memo dari doktor dulu dan memo maklumbalas dari ortho. Dia tunjuk kat saya yang jawapan ortho. Pastu berkali-kali tanya tentang appointment saya dengan ortho dan saya berkali ulang tentang plan saya nak repair ligamen. Muka dia masih ketat dan tanya keputusan saya untuk mode of delivery kali ni. Saya cakap saya nak VBAC.
Dia inform nurse untuk prepare saya scan. Masa scan dia langsung tak komunikasi. Dah selesai, langsung tak inform dah sudah. Keadaan baby pun tak gitau. Kot la nak cakap kepala dah kebawah ke, liquor cukup ke. Masuk bilik dia semula dan dia bagi buku merah. Saya la yang bertanya, ada appointment lagi tak, katanya tak de, jumpa di labour room.
Stress betul hari ni!! Kot la nak sekodeng jantina baby. Haram nak di layan. Hasil dari appointment hari ini.
Urin alb / sugar - negative
Berat - beza 2kg dengan KK. Sini guna digital, KK guna calibration.
BP: 106/72
Tinggi rahim: 30cm
Placenta: fundal
Baby weight: 1.4 kg
AFI: 12.5
Tiada appointment dah.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)