Monday, May 23, 2016

Apa nak buat dengan roti expired?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kisahnya sekarang tengah bercuti memang rajin beli roti potong / putih untuk standby kot lapar. Senang juga nak breakfast ke minum petang ke supper. Kadang Anas lapar minta nak roti + cheese. Baru ni beli sebab ada event kena attend isnin dan selasa. Plan nak buat bekal / standby. Pagi-pagi dah busy dengan 2 askar, sudahnya sarapan ke mana bekal ke mana. Hari Jumaat lebih dari 5 keping tinggal.

Jumaat expired date untuk roti tu. Tak kan nak buang. Banyak sangat lagi. Kalah sekeping dua gigih je makan esok pagi. Petang tu google la tengok apa boleh buat. Resepi biasa puding roti. Bahan tak cukup kat rumah. Jumpa resepi bebola roti kot kalau tak silap. Mudah je resepi dan semua bahan ada kat dapur.

Bebola roti sosej

6 keping roti (di koyak kecil)
2 biji telur
2 batang sosej (rebus dahulu, then cincang halus)
1/4 kiub ayam
1 biji bawang (di cincang halus)
Mayonis
Garam


Masukkan semua dalam mangkuk. Ramas -ramas pastu bentukkan jadi bebola. Lepastu boleh la goreng dalam minyak yang panas.


Roti koyak lebih kecil lebih mudah untuk proses seterusnya.

Tak nak letak sosej pun tak pe. Resepi asal guna fish cake. Saya kurang gemar fish cake, gantikan dengan sosej. Guna daging / ayam kisar lagi sedap rasanya.

Kejap je masak / goreng. Saya tengah bulatkan yang dalam mangkuk, tak sedar dalam kuali dah gelap. Tak bulat siap-siap pun tak pe. Telur dah macam gam, elok je jadi. Kalau cucur saya buat, huduh sungguh rupanya. Tak bulat pun.

Sedap makan dengan sos.

Kenyang je makan bebola ni. 3 biji dah kenyang macam makan nasi.

Selamat mencuba 😄

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...