Monday, May 30, 2016

Set berpantang - anak kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ketika entri ini di taip saya dah separuh perjalanan berpantang. Masa bersalinkan Anas Syauqi, saya tak guna full set berpantang. Saya beli loose item beberapa jenama. Tapi kali ni, saya beli full set berpantang Nona Roguy. Minta biras belikan di HQ NR di KL. Jimat duit pos 😜 Harga dah tak ingat. Rasanya RM260 kot.


Set ini ada:
Uncang cuci
Phytonatal
Akar herbanika
Krim barut
Lulur
Minyak herbanika


Semua barang dalam set ni bukan sahaja boleh guna masa pantang, dah habis pantang pun boleh guna. Hari ke3 selepas bersalin saya dah start guna. Tak jejaskan susu badan dan tak effect jaundis (kuning).

Uncang cuci
Guna untuk basuh private part. Saya masak atas dapur air seliter bersama 1 uncang. Masa mandi, buang air cuci.

Phytonatal
Ikut instruction ambil 2 biji 2 kali sehari tapi saya ambil sebiji 2 kali sehari sebab badan saya tak tahan. Hari ke3 lepas bersalin saya mula makan sebiji sehari. Masuk hari ke6 berpantang saya stop makan, sebab saya cirit birit. Termasuk baby cirit. Lepas tu saya makan selang-selang.

Akar herbanika
Ini minuman dalam uncang. Letak dalam air panas secawan pastu minum sekali telan phytonatal. Uncang tu pas minum simpan dalam fridge, esok guna lagi. Set ni dapat 10 uncang ja.

Krim barut
Sapu perut pinggang sebelum pakai bengkung. Krim ni panas, berminyak dan tinggalkan kesan kuning pada pakaian. Kat bengkung memang jadi kekuningan.

Lulur
Yang ni guna macam scrub mandian. Mula-mula guna tu saya buat mandi. Salah paham instruction. Tanya biras baru tau. Nak mandi sedia bekas kecil nak bancuh. Agak-agak je sukatan. Cara bancuh macam nak pakai bedak sejuk. Basahkan badan, pastu gosok la kat badan. Saya tak tau keberkesanannya. Dah ada dalam set, guna je la. Bazir lak kan.

Minyak herbanika
Ni saya guna pas mandi, sapu satu badan. Best je bau dia. Nak tidur pun sapu gak. Ikut dan la bila nak sapu. Nak guna masa mengurut pun boleh, tak panas.

Mandian herba
Untuk mandian saya beli yang mandian herba TYT sama macam masa pantang kat Anas. Beli masa Baby Expo tahun lepas. Malangnya packaging dah baru dan jadikannya sangat fragile. Mudah betul koyak. Dah koyak tu, masa mandi habisla badan dengan kandungan uncang tu. Nak bilas badan boleh je tapi dengan anak dua ni paham je la. Semua nak cepat.

Tungku
Guna yang elektrik. Sama je cam Anas dulu, ikut dan je tungku. Boleh bilang dengan jari berapa kali saya tungku.

Bengkung
Saya guna yang moden dan zig zag. Masa awal-awal guna yang moden. Pas berurut guna zigzag waktu malam sebab hubby yang ikat. Waktu malam je dia ada. Sedap guna zigzag tapi yang saya guna tu tak labuh. Bengkung pinjam cousin, yang moden saya punya.

Seingat saya itu sahaja. Kali ni pantang sendiri. Masuk minggu kedua saya dah masuk dapur cuci pinggan. Minggu ke3 saya dah memasak dan buat kerja rumah. Memang banyak yang culas. Tak larat nak naik turun tangga. Datang angin Anas, nak di dukung. Harap tak de la apa-apa jadi nanti.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...