Tuesday, August 23, 2016

Percutian singkat kami ke Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lepas raya hari tu, tiba-tiba suami cakap nak ke Langkawi, nak cari barang keperluan dapur rumah. Saya ok je. Mula-mula ingat nak ke Langkawi bawa kereta sendiri 3 hari 2 malam dengan tujuan nak berjimat. Tetapi, bila mak mentua masuk wad dan hari kami nak ke langkawi itu adalah hari temujanji dengan doktor, kami bertukar rancangan. Percutian disingkatkan menjadi 2 hari 1 malam. Tugas saya survey harga dan bajet. Saya bentangkan pada suami perbelanjaan menaiki feri dari Pulau Pinang, Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Hubby decide kami drive dan naik bot di Jeti Kuala Perlis.

6/8/16 - Sabtu
Tol : RM 13 (Hutan kampung) + RM1.60 (Jitra)
Parking : RM30 (RM15x2 hari)
Tiket feri : RM36 (2 x RM18)
Minyak : RM20 (di Langkawi)
Hotel : RM120 + RM100 (deposit)
Kereta sewa : RM80 + (RM50 - deposit) - Nissan Almera


Kami bertolak dari Butterworth 7.15 pagi. Anak-anak terus angkat masuk dalam kereta. 9 pagi sampai di Jeti Kuala Perlis. Hubby terus pergi beli tiket. Masa ni dah ada yang datang tawar tempat parking kereta. Tiket beli untuk trip 9.30 pagi dengan harga RM18 seorang. Untuk Anas, ada tanya kat kaunter, katanya tak perlu. Hubby pergi parking kereta, ambil dengan adik yang datang tanya tu. Cas parking sehari RM15 untuk parking berbumbung. Kalau tak de bumbung RM 10 sehari. Bukan dikira 24 jam tapi kira hari. Parking hari sabtu dan ahad, bayaran RM30.

Masuk dalam bot, dapat tempat tepi tingkap. Kurang selesa. Ruang antara tempat duduk dengan kaki sikit sangat. Beg dan stroller di tepi pintu. Lebih kurang 1 jam sampai. Sampai terus pergi makan kat food court Jetty. Makan nasi ayam je kami 2 orang. Anas kalut nak pergi tengok burung Helang. Dari jauh dia dah nampak. Berkali-kali cakap nak pergi tengok dekat.

Lepas makan pusing cari port nak mandikan diorang tapi tak de. Toilet nak masuk pun kena 50 sen, surau memang ada sign dah tak leh tukar diapers. Yang kereta sewa dah call. Kami pergi pick up kereta dulu, isi minyak dan cari hotel. Tak de plan pun nak stay mana. Tak nak buang masa cari hotel, Sudahnya stay je Hotel Bahagia area Kuah ni. Pernah duduk dah dulu kat sini. Nasib kami baik, dibenarkan check in sebelum 12 tengah hari drngan alasan ada baby. Masuk bilik, mandikan diorang. Lepas solat kuar semula.


Kereta kami ambil dengan Puan Azma. Hubby yang book, jumpa contact number kat Mudah.com. Hubby whatsapp dan negotiate harga. Dia request kereta Nissan Almera baru. Lastly best price yang dapat RM80. Kena bank in RM50 untuk deposit. Sebabkan kami laki bini takut kena tipu,kami bank in RM30 ja. Lepas bank in, bagi details. Puan Azma, bagi phone number staf dia nama Hadif. Inform Hadif tiket feri bila dah beli. Sampai sana hubby tak nak rushing. Nak setel semua dulu baru nak inform Hadif sebab kereta dikura 24 jam lepas ambil kunci. Masa ambil kunci, Hadif inform untuk hantar kereta sebelum 2 petang.


Hotel average ok ja. Bilik standard room, queen. Keperluan asas semua ada. Sinki di toilet masa masuk nampak kotor dan flow air keluar slow. Bila cuci muka / gosok gigi lambat nak kosong kan sinki. Almari dan fridge tiada. Hair drier, towel ada. Toiletteries lengkap sekali berus dan ubat gigi untuk 2. Bayaran bilik sekali dengan breakfast.


Destinasi pertama Dataran Lang, penuhi hasrat Anas nak tengok burung dari dekat. Dataran Lang ditutup, tengah renovate. Tapi ada je yang ubah kon halangan tu dan masuk. Kami pun masuk tapi kejap je la sebab tengok memang tak selamat. Risau Anas lari ke apa ke jatuh dalam air. Jalan balik ke kereta. Masa ni Anas jatuh tersembam. Dahi, lutut, tangan luka. Terus tak jadi singgah Taman Lagenda dan masuk kereta lena. Kami singgah Idaman Suri survey harga barang. Tak ramai orang, Anas dan Auni tidur. Mudah sungguh kerja.

Lepas tu kami ke Haji Ismail Group. Ramai orang, Auni pun tak selesa, asyik menangis je. Tengok harga beberapa barang yang tengok kat Idaman suri tadi. Beli coklat je kat sini. Coklat yang di pesan dan sendiri punya. Harga coklat sama sahaja di semua kedai yang saya jengah, baik di pekan kuah atau jeti cuma di HIG lebih banyak pilihan dan semestinya ramai orang. Saya pergi di kompleks HIG. Cawangan lain orang tak ramai. Bila ramai orang, nak bayar kena beratur tapi jangan risau, banyak kaunter buka. Side belah depan pintu, di jual coklat yang dah nak expired. Buy 1, free 1. Lebih jimat di situ sebab expirednya beberapa bulan lagi.

Lepas tu pergi Rams. Beli towel 4 helai (RM13.90/helai). Bantal emoticon 3 (RM7.90/satu), minyak gamat 12 botol RM10 dan beberapa barang untuk dapur kami iaitu set hidangan. Hubby yang nak sangat set tu. Saya ambil 2 barang untuk sesi tukar hadiah reunion sekolah saya minggu depan.


Selesai di Rams, kami ke Idaman Suri semula. Dah aim beberapa barang yang harga lebih murah nak beli di sini. Beli periuk kukus RM39.90, cadar dan comforter. Cadar bagi saya untung untuk di beli. Kain 100% cotton queen dengan 4 sarung bantal dan 1 sarung bantal panjang dengan harga Rm79 untuk yang bercorak (gambar di bawah). Yang tak de corak RM89, bezanya pada thread count. Yang plain lebih sejuk dan sedap di gunakan. Comforter juga ambil dari design yang sama. Hubby grab sekali cadar single. Set single 2 pillow case dan bolster. Dia cakap best, boleh pergi beli lagi.




Lepa shopping di Idaman Suri, singgah food court HIG beli makan untuk malam. Sebelum hotel, singgah tangkap gambar ja area belakang de Baron resort.  9 malam keluar ke pekan Kuah, cari vicks untuk Auni. Hidung tersumbat, merengek je. Ingat nak singgah Pantai Chenang tapi tak jadi sebab Anas dan Auni tantrum.

7 Julai 2016, Ahad

Saman parking : RM10
Feri : RM 36 (2 x RM 18)
Cukai kastam : RM50
Tol : RM 14.60


Pagi ni dapat breakfast di cafe hotel tapi hubby tak nak sarapan. Dia surub saya je pergi makan. Lepas makan, naik bilik kemas beg, mandikan Auni dan siap-siap nak kuar. Plan nak check out 10 pagi, then ke 5D muzium tapi kesuntukan masa dan Anas bukan lah dalam mood yang baik. Kami ke pekan Kuah nak bayar saman parking. Masa hubby naik atas lepas simpan beg dalam kereta kena saman sebab tak pamerkan kupon. Ikut surat saman tu kena RM30. Kamj terus ke pejabat Majlis Bandaran dan buat rayuan. Kena Rm10 je. Mula tu call Hadif tanya, camna ngan saman ni. Kami kena settle atau bagi duit dia yang uruskan. Dia cakap bagi duit kat dia, dia bayar. Tapi masa tu kami dah ada area Kuah. Saya tahu boleh buat rayuan. Cakap kat hubby, biar kita je settle. Hubby tanya pegawai di situ dan terus buat rayuan. Kan dah jimat RM20.

Beli tiket feri 2.30 petang lepas tu Kami singgah Langkawi Mall. Hubby beli tshirt, saya beli beg. Muzium 5D ada dalam bangunan ni tapi kami tak masuk pun. Tak sempat. Lepas habis shopping kami pergi makan. Adik di Langkawi Mall suggest makan nasi Ayam goreng. Google je location cari Pak Ya Nasi Ayam. Sama je macam nasibayam kita biasa makan, bezanya ayam tu di balut dengan telur macam kita makan nasi pattaya. Sama je rasanya. Servis sangat pantas.


Lepas makan kami ke Jeti semula hantar kereta sewa. Cari troli untuk letak barang tapi semua full. Barang kami banyak. 2 beg tarik, 3 beg plastik Idaman Suri + Stroller Auni. Gigih la kami ulang alik tolak barang pergi balik. Terus masuk ke terminal. Masa check kastam, kena bagi semua resit barang. Nasib hubby dah asing semua resit dan tanya menginap berapa malam. Pegawai kastam ambil resit paling mahai dan kira, kami kena bayar rm280++, lepas tu dia tanya camna, nak bayar ke? Hubby mintak kurang, dia bagi RM80, hubby tanya saya, saya tanya kalau tak bayar jadi apa? Barang kena rampas. Saya tanya, RM50 tak leh ke? Kesian kami ada anak kecik, lagi pun barang untuk rumah, kami baru masuk rumah baru. Pegawai tu pun cakap ok, hubby pergi bayar kaunter dan kami masuk dalam feri.

Masuk feri, Anas tidur, Auni berjaga. Sangat tak selesa kami suami isteri dengan anak-anak. Nasib la sekejap je. Sampaj jeti, hubby cepat-cepat keluar tunggu barang kami. Takut ada yang terambil. Dia naik cari troli dan saya pula ke jeti tunggu barang yang di punggah. Selesai semua, gerak balik ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...