Monday, September 26, 2016

Extend belakang rumah - Laundry area #rumahAnS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ruang belakang rumah

Mula dapat kunci rumah,tak de hajat pun nak extend belakang rumah. Bajet pun tak berapa banyak, ingat nak dahulukan mana yang penting je. Design rumah ni, tak de tempat nak letak mesin basuh. Hubby cakap letak dalam bilik bawah tu. Sebelah bilik, ada bilik air, boleh buat air dari mesin masuk situ. Saya lak plan, bilik tu untuk tetamu atau buat bilik solat. Takkan mesin basuh nak letak situ? Buruk betul rupa.

Masa discuss tentang kitchen kabinet dengan ID IA, dia ada risik nak extend tak belakang dapur. Tapi planning dia untuk jadikan wet kitchen. Balik rumah saya discuss dengam hubby, nak jadikan situ laundry area. Nak letak mesin basuh dan sidai baju di situ. Hubby pun setuju. Discussion kali kedua dengan ID IA, dia dah bagi fully quotation. Tempoh siap 3 bulan.

Saya masukkan nilai harga BUKAN nya untuk bermegah atau apa-apa niat buruk tetapi untuk rujukan diri saya dan pembaca lain yang perlukan idea untuk besarkan ruang belakang rumah.
Keluasan belakang ni hanya 5 kaki lebar dan 12 kaki panjang

Extend belakang - RM17 000
Harga ni termasuk pintu 1,tingkap 2, plug 3, paip air 2, bumbung dan lantai sama macam asal.
Arkitek - RM3000
MPSP - RM1800

Nak extend belakang rumah perlu kelulusan Majlis Bandaran sebab kita dah ubah pelan asal rumah. Urusan Majlis Bandaran kami perlu selesaikan sendiri. Bagi saya sangat rumit. Nak kena naik turun ofis mereka banyak kali. Saya dan suami keje waktu pejabat, memang susah nak uruskan. Kemudian bila nampak kami 50-50 nak extend belakang, dia dah cakap, tak yah kelulusan MPSP pun tak pe. Dah ajar buat benda salah la pulak. Nanti kalau kena denda kami yang kena bayar. Pastu kena juga submit pelan, sama gak bayaran, kalau kena runtuh mana yang dah buat tak ke rugi? Saya tak nak ambil risiko.

Kemudian, kontraktor R, yang berlegar area rumah kami, entertain untuk ambil servis dia. Macam-macam kami tanya, termasuk extend belakang.

Harga: RM 12000
Arkitek, MPSP sendiri uruskan

Dalam masa yang sama, hubby dapat contact number kontraktor buat rumah dan renovation dari kawan abang dia. Dia pernah guna servis kontraktor ni untuk renovate rumah parent dia dan sekarang tengah discuss untuk buat rumah dia atas tanah lot baru beli. Dia datang survey, kira-kira dan terus bagi harga. Uncle, baya ayah saya, chinese, cakap melayu memang fasih.Selepas bincang suami isteri kami setuju ambil dia, pejam mata dan redha je masa buat keputusan tu. 16 ribu bukannya sikit, banyak sangat untuk kami. Macam-macam leh beli.

Extend belakang - RM16260
Harga termasuk wiring, plumbing. 2 pili air, 3 plug, pintu 1 (besi 2 in 1), tingkap 2, bumbung dan lantai sama macam asal. Kos arkitek, pelan bangunan dan MPSP dah termasuk dalam tu.

Barang-barang lain yang saya beli untuk lengkapkan area ni

1. Stainless steel wall mountes hanging saiz 4 kaki - RM120 (Beli di Big Bath)
2. Lampu LED 16 watt: RM 24
3. Exhaust fan KDK 12 inci - RM120

Submit MPSP masa separuh bangunan siap. Kalau kena saman dia tanggung. Jangka siap 2 minggu. Bayar 2 kali. Hubby dah berkenan. Call kawan dan abang dia minta pendapat dan kami setuju dengan syarat minta agreement serta bayaran 4 kali mengikut progress siap dan dia setuju. Masa sign agreement, tempoh siap 30 hari. Katanya tak sampai 30 hari, mungkin ada masalah dan dia tak nak janji lebih awal dari tu. Pelan bangunan yang hantar ke MPSP sekali bahagian balkoni.
.
hari Sabtu barang masuk, isnin dah boleh bayar.

Bayaran pertama RM3000 pada 6 Januari, masa sign agreement dan barang bawa masuk untuk mula kerja. Ada 3 pekerja. Kerja dari 10 pagi hingga 5 petang. Ahad cuti. Hari-hari hubby pergi tengok progress kerja diorang. Kontraktor ni pentingkan kualiti kerja. Dia datang cek kerja lepas pekerja dia balik. Kalau tak ok, memang dia mintak betulkan. Nampak la pekerja ni takutkan dia.


Bayaran kedua 12 Januari iaitu selepas separuh siap, masa kami datang ni mintak sekali wiring dan tambah soket. Dia hire orang lain untuk wiring. Kami tumpang untuk wiring aircond dan tambah plug point di bilik, dapur dan sekali pasang kipas lampu. Harga kami bayar melalui dia Nanti kos semua saya cerita di entri lain untuk wiring, lampu dan kipas.


Pembayaran yang ketiga, RM5000 pada 17 Januari. Saya perlu tandatangan pada 10 keping lukisan pelan arkitek. Esoknya dia hubungi hubby inform yang MPSP nak surat yang nyatakan jiran kiri dan kanan tidak dapat di hubungi. Saya belum pernah jumpa jiran kiri kanan. Nak buat ubahsuai rumah teres perlu persetujuan jiran sebab dinding saya, dinding mereka gak. Hubby taip surat dan print. Kena tandatangan pesuruhjaya sumpah. Owner kena datang sendiri ye untuk tandatangan depan pesuruhjaya sumpah. Bawa kad pengenalan diri.

Contoh surat saya untuk MPSP

Mulanya saya minta ayah buat kan tapi tak boleh. Bila saya pergi sana, IC tinggal dalam kereta. Masa ni kelam kabut. Saya balik kerja 4.30 terus ke pejabat suruhanjaya sumpah yang tutup 5 petang. Parking kereta terus bawa surat je. Kena la perli dengan pesuruhjaya sumpah tu. Lepas sign bayar RM4.


Lepas Chinese New Year siap 99%. Kami tunggu area tu siap sebelum nak pindah masuk. Hubby jumpa kontraktor tu dan buat beberapa aduan yang kami nampak finishing tak kemas. Ada crack sikit, kepala paip mesin basuh longgar, tangga luar pintu nampak tak safety. Pastu ada mintak pekerja dia tambah tiles dinding dapur untuk area kitchen kabinet, juga mintak plumber dia ubah inlet outlet untuk area kitchen kabinet. Ini semua tak masuk dalam perjanjian apa yang kami minta dia buat. Kami tanya pekerja dia leh buatkan ke tak, dan saya akan bayar untuk itu.


Kelulusan MPSP belum selesai. Tak tahu apa masalah MPSP tu dan dia minta bayaran. Masih ada baki RM3260. Dia minta RM2260 bank in ke akaun dia. Esok tu lepas pekerja dia settle buat semua kerja yang kami complaint tu, kami buat payment (11 Mac) dan kami masih gantung RM1000, tunggu kelulusan MPSP baru nak selesaikan yang tu.

Sebulan lepas kami duduk rumah, dapat surat dari MPSP. Hubby terus call kontraktor tersebut dan dia cakap jangan risau, dia bayarkan.

Lepas 4 bulan tinggal di rumah tu dan kami masih ada baki RM1000, status MPSP pun tak tahu. Saya minta hubby tanya. Lepas hubby confirmkan, dia minta RM500 dan kelulusan MPSP akan siap lepas 2 ke 3 minggu. Kami buat bayaran pada 14 Julai. Lepas 3 minggu kelulusan dah dapat dan kami selesaikan bayaran baki RM500.



Selesai semua. Walaupun urusan bayaran dan kelulusan lambat dan drag tapi bahagian yang extend tu siap sekejap sahaja. Bagi saya walaupun urusan tu lambat, tak ganggu urusan harian.


Ini lah rupa bahagian kiri ruang laundry kami. Sidai baju di situ. Ruang kanan letak mesin basuh, raga baju dan sabun, detergent. Gambar tak de sebab rung tu belum cantik.

2 pendapat:

orked violet @ SYA said...

17k eh? nangiss.. sya ingat nk extend belakang rumah jugak. tapi tapi.. bajet x sampai banyak tu. uwaaaa

MizA said...

orked violet - kena menabung untuk semua tu. huhuhu

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...