Hujung Oktober waktu holiday buat kami. Plan adal nak ke Legoland. 4 hari sebelum bertolak ada masalah. Tukar plan ke Melaka. Melaka selalu dah pergi tapi dengan Auni belum sampai lagi.
22/10/2016 - Sabtu
Minyak - RM54 (30liter)
Tol - RM62.90
Hotel - RM80
5 pagi - bertolak dari rumah
6.30 pagi - Stop solat Subuh kat RnR Sungai Perak dan isi minyak
9.30 pagi - Stop makan di Restoran Jejantas Sungai Buloh.
1 petang - Sampai Melaka.
Keluar dari tol nak ke bandar, tengok kiri kanan jalan cari hotel. Nampak AL33 Hotel. Pergi reception, tanya harga, tengok gambar bilik dan terus check in. Hotel tak de lif, panjat kami laki bini bawa anak ke tingkat dua. Bilik kecil je. Muat katil queen, dressing table dan bilik mandi. Ada kettle, tv dengan siaran astro, hot water shower dan wifi. Air masalah sikit. Tengah-tengah guna tetiba jadi slow. Lama gak nak laju balik.
Lepas check in, rehat, solat dan makan. Beli makan di restoran sebelah hotel. Lepas asar kami ke Klebang. Cari Coconut Shake. Kali kedua ke sini. Ramaj sungguh orang. Sebelum ni pergi tak la ramai camni. Kami take away je. 15 minit jugak hubby beratur. Rasa masih sama, masih sedap macam dulu. Lepas tu kami ke Pantai Klebang. Ramai juga orang. Meriah dengan permainan layang-layang, kereta dan kanak-kanak mandi. Ada juga yang menjual barang. Seronok jalan-jalan kat sini. Kami je tak ok. Anas mengamuk masa ni.
7 petang gerak balik hotel. Hajat nak keluar semula untuk dinner. Dah masuk hotel sudahnya malas nak kuar. Hubby pergi beli makanan kat kedai sebelah hotel je.
23/10/16 - Ahad
Kupon parking - RM6
Tiket MenaRa Taming Sari- RM45
Gambar + FM - RM50
Ole-ole - RM45
Muzium Samudera - RM10
Hotel - RM77
Sarapan di kedai sebelah hotel. Check out. Destinasi pertama, Majlis Perbandaran HaNg Tuah Melaka. Kebetulan je kesini sebab masa lalu nampak meriah. Anas ajak singgah. Rupanya ada majlis meraikan kemenangan Melaka United untuk Bola Sepak liga Perdana. Kejap je kat situ. Panas sangat. Smpat la jumpa pemain Melaka United dengan Menteri Besar Melaka. Anas sempat bergambar dengan maskot Mister Potato.
Destinasi seterusnya ke Bandar Melaka. Hajat nak naik Menara Taming Sari. Aktiviti wajib kalau ke Melaka sebab masa nak masuk boleh shoot family potraiture. Dah keluar nanti bayar. Pakej sekali fridge magnet, RM50. Gambar yang di tangkap cantik, sharp.
Keluar dari menara, lapar. Seberang jalan cari kedai makan. Baru 2.30 petang tapi banyak menu yan dah habis. Makan mana ada je. Lepas makan pergi Pahlawan Walk. Bangunan sebelah restoran je. Nak cari ole-ole boleh singgah sini. Banyak barang ada. Saya beli gula melaka dan kerepek. Semua 3 pek RM10. Tambah kerepek binjau belum goreng RM5 sebungkus.
Sambung jalan ke Muzium Samudera. Anas nak sangat naik kapal tu. Muzium ni dalam kapal. Stroller parking kat bawah kapal tu. Usung la semua barang berharga bersama. Curam tangga nak naik ke atas kapal tu. Nak masuk dalam kapal nak tengok pameran kena buka kasut.
Lepas keluar muzium, gerak ke kereta nak cari hotel untuk bermalam. Pusing sekitar bandar je. Survey beberapa hotel dan lastly decide Ero Rich Hotel. Cantik lobi. Dalam bilik pun ok. Lebih kurang macam hotel semalam je. Lantai bilik air agak licin. Selimut ada yellow stain. Tv masa mula tu tak leh on. Panggil staf dan masalah selesai selepas tu. Wifi slow. Lepas solat Asar keluar. Ingat nak bawa Anas pergi Klebang main layang-layang. Kereta tak keluar dari parking lagi dia dah tidur.
Kami masuk bandar semula. Snap photo beberapa tempat pastu pergi cari makan. Nak cuba kedai yang ramai review cakap best iaitu Restoran Pak Putra. Sedap. Kami order ayam tandori + plain naan, butter chicken + garlic naan double cheese. Lepas makan Singgah uptown. Jalan - jalan, beli t-shirt negeri dengan harga Rm10 sehelai. Sampai bilik 9.30 malam. Tidur.
Wajib cuba bila ke Melaka |
24/10/2016 - Isnin
Minyak - RM63 (35 liter)
Tol - RM 16.50
10 pagi siap-siap barang nak check out. Pergi breakfast dulu kedai depan hotel. Pakej sarapan RM5 sekali air. Then check out hotel dan pusing bandar hilir. Ada port yang wajib bergambar belum pergi lagi. Selesai shoot, kami masuk Mahkota Parade. Tengah panas-panas masuk shopping complex memang mendamaikan. Borong di Kaison barang rumah, RM200 jugak habis.
4 petang keluar Mahkota Parade, lunch di Ayam bakar Wong Solo. Lepas makan, gerak ke Kuala Lumpur.
5.30 petang - stop isi minyak di RnR Ayer Keroh
6.15 petang - stop solat di RnR Senawang
7.00 malam - keluar tol
8.00 malam - sampai Ikea Cheras
10 malam - sampai rumah BIL
25/10/2016 - Selasa
Minyak - RM70.20 (39 liter)
Tol - RM44.20
7 pagi - bangun, bersiap dan breakfast
9.00 pagi - bertolak dari rumah BIL le IJN
9.30 pagi - sampai IjN. Ke IJN untuk ambil ubat ayah.
10.3o pagi - sampai NU Tower untuk claim hadiah contest.
12 tengah hari - sampai di GM Klang. Cari mainan anas, barang rumaj, baju auni. Sudah nya beli mainan Anas dan barang rumah je. Barang murah di sini. Kena survey banyak kedai.
6 petang gerak balik Penang.
10 malam - sampai rumah
9 ketul lego untuk Anas dengan harga RM30. Kat penang semua ni harga rm70 |
No comments:
Post a Comment
Thanks :)