Tuesday, November 29, 2016

Bila mereka demam



Assalamualaikum dan salam Sejahtera
Hujung minggu lepas, kedua² anak saya demam. Jumaat, waktu Maghrib, Anas dah merengek. Ingatkan sebab dia tak cukup tidur. Masa nak tidurkan dia, pegang badan dan panas. Balik rumah, dia merengek nak tidur buai. Tidur sampai tengah malam tak jaga. Auni lak kepala dah panas masa tu. 1.30 pagi sabtu, Auni merengek, bagi susu tak nak. Badan memang panas sangat dah. Anas pun sama. Hubby angkat Anas bagi mandi. Auni saya letak kain basah je dan tanggalkan baju seluar. Air cond off dan dua² beradik pakai pampers ja.


Anas memang tak nak makan ubat. Kami kerap mandikan dia. Sejam sekali je angkat mandi. Memang dia menangis tak nak. Auni saya masukkan ubat ikut punggung dan kerap basahkan kepala dan badan. Dua² tidur tak nyenyak. Kami suami isteri pun sama la. Sampai subuh kami tidur ayam je. Sampai siang step yang sama je buat. Sejam sekali mandikan. Agak panas je kepala tu mandi dan jelum. Ubat langsung tak makan. Cuma Auni je ada ambil ubat sekali ikut punggung. Saya nak masak pun tak boleh. Dua² nak perhatian. Anas nak abah dia saja dan Auni nak saya je. Kenduri pun tak leh nak pergi.

Hari Ahad, Auni dah sembuh dari demam. Start batuk lak. Anas badan masih panas. Tapi tak la seteruk semalam. Dah bercakap, dan makan sikit. Susu pun nak. Banding dengan semalam, langsung tak nak apa². Seharian tidur je. Boleh la nak tinggal kejap nak pergi masak dan buat kerja rumah. Menjelang malam, dua² mereka sembuh sepenuhnya. Dua² aktif ceria bermain dan punggah mainan macam selalu. Anas kembali petah berkata². Alhandulillah, Auni pertama kali demam panas camni. Saya risau kena sawan je bila dah suhu tinggi sangat.


Bukan tak nak bawa ke hospital, masa Anas dulu dah pernah bawa tapi apa yang di buat di situ sama je macam yang kami buat. Demahan sejuk dengan tuala, chwck suhu badan, masuk ubat ikut punggung. Kalau tinggi sangat kena masuk wad. Selagi belum 3 hari demam, bagi saya masih ok. Dah lebih 3 hari kena ke hospital atau klinik untuk dapatkan antibiotik dan pemeriksaan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...