Tuesday, April 18, 2017

#ToyotaGo Carnival


Event : #ToyotaGo Carnival
Date : 15 & 16 April 2017
Venue : Autocity, Juru
Entrance : Free

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami sempat hadir event di atas. Kebetulan tak de apa² hal minggu tu. Ini kali ke dua join. So far ok, lebih baik dari yang hari tu. Gift pun lebih banyak. Last time pergi dapat gift masa register. Kali ni tak de tapi banyak game di sedia kan dan setiap game ada hadiah. Minuman juga di sediakan.


Anas paling seronok. Sungguh-sungguh dia main Lego sampai tak nak tinggal sekejao pun. Banyak meja untuk kanak-kanak bermain. Untuk adult ada site untuk discuss dengan seller tentang kereta. Khemah yang di sediakan siap penghawa dingin. Memang selesa. Mineral water pun ada.


Antara aktiviti yang ada important of seat belt. Kami suami isteri cuba. Naik atas seat, pakai seat belt dan dipandu 10km/h. Dengan pemakaian seat belt, tak terpelanting dan selamat. Lepas naik tu dapat topi. Kemudian ada lagi 5 gamr boleh join. Yang ni semua bagi Anas main. Tembak katak masuk lubang, gerakkan bola ke hujung tanpa.masuk ke lubanh, drive tanpa sentuh besi, shoot bola ke net dan baling gelang masuk paku. Macam-macam hadiah dapat dengan semua game yang kami main.


Husband sembang dengan seller berkenaan model Toyota Vios yang terbaru, G spec. Siap test drive. So far selesa dan kami berpuas hati. Boleh dipertimbangkan jika nak menambah atau bertukar kereta. Buat masa terdekat ni, Swift masih di hati. Lepas test drive, diberi peluang untuk buat putaran roda. Anas yang putar dan dapat baucar minyak RM20.


Saya suka pergi event-event macam ni. Aktiviti bersama anak-anak dan dapat pendedahan benda baru. Lain orang lain caranya.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...