Wednesday, April 26, 2017

World Cuisine Carnival


Event : World Cuisine Carnival
Lokasi : Eco Meadows, Simpang Empat, Pulau Pinang
Tarikh : 21-23 April 2017
Masa : 3 petang - 10 malam

Ticket saya Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tarikh di atas kami sempat curi masa jengah event tersebut. Awal seminggu saya dah register online nak attend. Lebih semangat nak attend bila developer cakap, entrance free kalau pre register dan dapat hadiah kalau share event di Facebook.


Lepas makan kenduri di kawasan kejiranan ni, solat zohor dan gerak ke lokasi. Pintu masuk ke kawasan di jaga oleh polis bantuan dan semua kereta tak dibenarkan masuk dengan alasan parking full. Tiada kaqasan parking dalam tu tapi banyak kereta park tepi jalan dan sepanjang jalan ke entrance full. Ada banyak shuttle untuk pick up tetamu. Park jauh pun tak de masalah. Auni tidur masa ni dan Anas pun tengah tantrum nak tidur. Husband minta permission polis untuk drop kami depan pintu masuk. Masa ni tak tahu ada shuttle. Dekat nak sampai entrance nampak beberapa parking yang kosong. Terus park dan hubby prepare stroller. Masa ni shuttle stop dan kami naik shuttle.


Masuk dalam tu, saya jumpa staf situ dan tanya tentang pre register yang saya dah buat. Terus di tunjukkan kaunter yang saya perlu pergi. Ada 3 lane, 2 lane putih, 1 lane gold. Saya tak pasti apa yang membezakan warna tu. Saya punya colour gold. Tak ramai orang lane tu. Terus tunjuk email, diberi wrist band, nombor cabutan bertuah dan terima goodie bag. Satu je goodie bag yang dapat walaupun saya register untuk 2 orang. Lepas masukkan nombor lucky draw dalam box, Anas serbu bahagian belon. Belon percuma tiada hal nak ambil. Anas ambil 3, 2 pecah kena pokok masa snap photo.


Orang tak ramai sangat dan cuaca bertukar mendung. Banyak port cantik nak snap photo tapi penuh dengan orang tengah bergambar juga. Kami snap mana yang sempat je, hujan dah mula turun. Sempat jenguk 20 gerai yang ada. Khuatir dengan Halal, satu pun tak beli. Air yang di jual boleh la nak beli, air buah dan ice blended. Makanan tak siasat habis halal ke tak sebab hujan dah mula lebat dan Anas dah crancky. Masuk semula ke dalam ambil belon. Nasib sempat ambil, dah habis pun belon. Kalau tak lagi panjang la tantrum Anas.


Saya jumpa staf si aitu dan tanya tentang mistery prize yang akan dapat kalau share event di FB, di minta saya ke kaunter pendaftaran. Di kaunter pendaftaran saya diberi fan yang connect ke phone dan satu lagi goodie bag + lucky draw number. Kami tak tunggu pun hingga lucky draw, gerak balik terus.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...