Friday, May 26, 2017

Check up Anas Syauqi 4 tahun 2 bulan, Auni Suraya 1 tahun 2 bulan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu lepas check up mereka 2 beradik. Tujuan utama untuk doktor review keputusan darah Auni sebab masalah berat badan dan untuk Anas makan ubat cacing. Check up kali ni, berat badan Auni masih di garisan kuning tapi tinggi mencanak naik pula. Saya rasa adik yang ukur tu silap. Masa saya pegang Auni nampak Auni baring menyerong, beza panjang sangat ketara dengan 2 bulan lepas. BMI jadi cun la.

Nurse yang rekod dan pantau tu tak de pula nak double cek. Saya yang nampak bacaan pun pelik. Lagi sekali check up mesti diorang alter bacaan. Doktor pakar perubatan tak de, MO je ada. Dia review result darah dan bagi dia keputusan ok. Auni pun nampak aktif dan perkembangan normal. Tapi sebab masalah berat badan, kena rujuk pakar juga. Pakar lepas raya baru ada. Sebelum masuk penilaian perkembangan saya bawa Anas register di klinik gigi dulu. Nak cek gigi saya dan Anas ada lubang ke tak. Minggu lepas makan, makanan sangkut.

Hasil dari pemeriksaan kali ini,

Anas Syauqi - 4 tahun 2 bulan
Berat : 12 kg (kuning)
Tinggi : 98 cm (normal)
BMI : 12.5 (kuning)
Auni Suraya -  1 tahun 2 bulan
Berat : 6.6 kg (kuning)
Panjang : 76 cm (normal)
BMI : 11.4 (merah)
Lilitan Kepala : 44 cm (normal)

Habis pemeriksaan semua, cepat² naik atas jumpa doktor gigi. Dua² kami diperiksa dan tiada masalah. Saya di sebabkan kedudukan gusi dan Anas pin tak de masalah. Semua selesai 4.30 petang. Sama macam waktu kerja.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...