Thursday, May 4, 2017

Sepupu kahwin


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hujung minggu lepas, kami 4 beranak di penuhi undangan majlis. Paling penting sepupu nikah dan resepsi. Lama dah kot tak de sepupu atau saudara rapat yang nikah kahwin ni. Selalunya bila majlis camni la baru dapat kumpul sama-sama ahli keluarga yang dah lama tak jumpa.


Majlis nikah 11 pagi. Ngam² je kami sampai sebelum pengantin akad. Alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka sah sebagai suami isteri. Habis nikah, lafaz taklik yang beremosi dari kedua-dua mempelai, kemudian bergambar kami semua yang ada. Tak ramai sangat ahli keluarga mada nikah. Selesai di sini kami bergegas ke majlis anak teman sekerja kami pula. Perut pun dah lapar masa ni. Ye la, dari bangun tidur tak makan apa-apa.


Bergilir-gilir kami makan. Nasib la Anas dan Auni tak buat perangai. Anas dah beritahu awal-awal dari malam tentang program hari ini. Tambahan pula tuan rumah bagi lolipop untuk kanak-kanak. Auni suap buah dan tabiat Auni kalau dapat makan senyap la dia. Lepas selesai makan kami bergegas ke lokasi lain, Tesco untuk collect hadiah contest. Sepatutnya 2 hadiah collect tapi misscommunication, satu je yang dapat.


Selesai urusan pick up hadiah, kami ke majlis kenduri sepupu. Pengantin tengah makan beradab masa kami sampai. Siap ada persembahan tarian lagi. Penuh la tetamu depan tu. Kami masih kenyang, minum je dan tunggu saudara lain datang. Sejam selepas tu kami gerak pulang. Pulang ke rumah rest dan tidurkan anak-anak. Lepas Maghrib ada majlis lagi yang nak attend.


Lepas solat Maghrib gerak ke rumah keluarga saya. Ada majlis tahlil. Hujan lebat masa ni. Alhamdulillah penuh tetamu datang masa majlis tahlil ni. Selesai majlis kami gerak balik. Anas tantrum teruk masa ni. Hari yang panjang untuk kami berempat.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...