Thursday, May 11, 2017

The Carnival, Sungai Petani 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rabu lepas cuti Hari Wesak, awal² dah ajak husband nak g jalan². Bosan, weekend sebelum tu dah full time di rumah sebab dia kena kerja. Dia tanya nak ke mana. Cepat je saya sebut nak pergi The Carnival. Katanya ramai orang kot, kan cuti. Huhu. Nampak tak penolakan secara berhemah di situ. Saya bertegas nak pergi. Nak bagi Anas dan Auni main air, seronok². Dua² beradik tu suka sangat air.



Hari kejadian, subuh dah hujan dan berlarutan hingga 10 pagi. Saya text kawan² yang stay di SP, tanya cuaca. Husband cakap hujan, rugi je pergi, tak boleh refund duit. Tapi isteri ni degil, nak juga pergi. Pack baju kami walau kawan² tak reply message tentang cuaca. 12.30 tengah hari bertolak dari rumah. Hujan rintik² sepanjang perjalanan. Sampai destinasi 1 petang. Husband kata tutup hari ni. Dia nampak sign board waktu operasi yang tempat ni tutup setiap rabu. Tempat parking pun kereta tak banyak. Saya kata nampak budak² naik golongsor tu, tapi masa tunjuk tu tak dak orang lak di situ.


Dia suruh saya pergi tanya dulu, nampak banner yang tulis buka. Terus pergi beli tiket masuk. RM32 untuk dewasa, RM25 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Pergi kereta ambil barang dan masuk. Yeayyy, orang tak ramai. Auni tak sabar nak mandi. Melompat-lompat dia. Tukar baju anak², pastu husband. Husband bawa anak² masuk air dulu, sementara saya tukat baju. Kami tak sewa loker. Beg sandang ke galas pun tak bawa. Bawa stroller dan non woven bag. Itu pun saya lupa bawa towel dan plastik nak isi baju basah. Nasib baik dalam kereta memang ada letak towel untuk kes² camni. Sebelum masuk ada orang akan cek beg kita samada bawa makanan ke tak.


The carnival tempat mandi manda yang kecil je banding dengan sunway lagoon, lost world tambun atau Lake Town Bukit Merah. Tak de mainan yang ekstrem. Sesuai la untuk kami yang ada anak kecil ni. Sebab tu harga lebih murah dari yang lain². 3.30 petang kami stop mandi, tukar baju, kemas² dan gerak balik. Masuk kereta, tak sampai tol pun lagi, Anas dan Auni dah tidur. Letih sangat la tu. Misi tercapai nak gembirakan anak² dan rapatkan hubungan kami sekeluarga.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...