Monday, October 2, 2017

Check up Anas Syauqi 4 tahun 6 bulan, Auni Suraya 1 tahun 6 bulan

Assalamualaikim dan salam sejahtera,


Minggu lepas bawa Anas dan Auni ke Klinik untuk temujanji. Sepatutnya pergi bulan Ogos tetapi sibuk, banyak kerja tak sempat. Kemudian awal September terima surat di peti pos yang Auni Suraya 'Keciciran' temujanji. Minta datang hari berikutnya tapi saya call minta tangguh hingga hari Auni cukup umur 18 bulan. Boleh terus Doktor review M-chart. Anas pun patut kena makan ubat cacing dan nak tampal gigi dia yang berlubang.

2.15 petang sampai klinik. Daftar, timbang, ukur tinggi dan jumpa JM untuk nilai P&P. Lepas tu Anas naik pergi Dental bersama suami dan saya bawa Auni masuk bilik doktot untuk M-chart dan review keputusan darah hari tu. Result darah ok, cuma sign and symptom Thallasemia ada la.  Habis jumpa Doktor, ambil ubat cacing untuk Anas dan naik atas tengok Anas tampal gigi.

Selesai semua 4.30 petang. Cepat-cepat balik rumah ada orang nak datang. Next check up Disember. Hasil dari check up hari ni

Anas SyauqiBerat : 12.5kg
Tinggi : 99cm
BMI : 12.75
Auni Suraya
Berat : 7.5kg
Panjang : 76 cm
Lilitan kepala : 45cm
BMI : 12.98

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...