Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Awal Disember hari tu temujanji Anas dan Auni. Biasanya hujung bulan tapi kali ni kena awal bulan. Temujanji jam 2 petang. 2.30 dah ambil nombor dan timbang berat Anas Auni. Kemudian masuk untuk penilaian perkembangan. Kali ni kena dengan JM baru. Dia tak pernah tengok kes Anas Auni dan query tentang berat dan appoinment bersama dietitian / Doktor. Result darah pun dia cari tak jumpa. Jenuh gak nak explain.Habis 3.15 petang terus cepat² naik bahagian pergigian. Plan nak tampal gigi anas dan scaling gigi kami suami isteri. Anas punya tampalan gigi dah tertanggal. Kena tampal semula. Tak lama pun tunggu. Sebelum buat scaling kena check tekanan darah dahulu. Selesai semua 4.30 petang.
Hasil perkembangan dari temujanji kali ni :
Anas Syauqi
Berat : 13 kg (naik 500 gram, bahagian kuning)
Tinggi : 100 cm (tambah 1 cm, normal)
BMI : 13 (normal)
Auni Suraya
Berat : 7.8 kg (naik 300 gram, bahagian kuning)
Tinggi : 79 cm (naik 3 cm, normal)
BMI : 12.5 (bahagian kuning)
Lilitan kepala : 44 cm
No comments:
Post a Comment
Thanks :)