Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Penulis yang tak perlu di perkenalkan lagi. Karya ke 13 beliau. Gaya penceritaan novel ini mengenai heroin. Dia kerap bermonolog. Kalau tak fokus baca memang boleh keliru. Saya suka penulis membawa saya ke tempat percutian. Pertama kslai saya tahu tentang El Nido. Terus google nak tengok. Juga beberapa tempat lain yang memberi pengalaman baru buat saya. Bagus penceritaanya sehingga membuatkan saya rasa berada di tempat mereka.
Sinopsis
Nisa, tinggal selama 4 tahun di Tokya semasa belasan tahun menjadikan Ryo menaruh minat padanya. Tetapi Nisa lebih senang menjadikan Qashi teman istimewanya. Tetapi Qashfi tidak memberi sebarang tanda dan lebih dahulukan teman rapatnya Delia dan Arief. Semasa perjalanan ke Tokyo dia bertemu Naufal, lelaki yang pernah di temuinya di money changer. Perbualan ringkas dan bertukar nombor telefon semasa di airpot. Naufal berkongsi pengalamannya di Filipina dan Nisa berkongsi memori di Jepun. Mereka tidak lagi bertukar cerita setibanya di Malaysia. Nisa meluangkan masa bersama Qasyfi dan restoran barunya. Hinggalah berita Qasyfi di tangkap khalwat bersama Delia. Isa nekad memutuskan hubungan mereka dan untuk mengelakkan dari menghadiri majlis perkahwinan Qasyfi dengan mengikuti Naufal ke El Nido. Di El Nido, Nisa rasa dia jatuh cinta pada Naufal. Tetapi perbualan Naufal bersama Kak Laili tentang anak-anak Naufal mengecewakan Nisa.
Saya cerita sampai sini. Banyak lagi plot dan watak. Banyak watak sampingan yang tak de ending.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)