Wednesday, March 7, 2018

Trip ke Krabi 2017 - Tukaran wang matasing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih lagi berkenaan trip ke Krabi. Sebulan sebelum ke Krabi saya survey berkenaan tukaran matawang. Mula tu install apps kat fon nak tengok rate. Bila tengok rate tinggi terus pergi money changer nak tukar. Rupanya tak sama pun rate di apps dan kedai. Ada harga beli dan jual. Saya pergi 3 money changer untuk survey harga. Ayah saya ada pun suggest beberapa kedai. Semua saya pergi tanya harga. Kali pertama tukar la juga sikit. Masa tu rate RM100 = 800 baht. Pendek cerita saya tukar 3 kali. Kali ke 2 dan 3 rate sama 801Baht untuk RM100.

Kali ke 2 dan 3 saya dah pandai sikit. Saya call dulu masa tengah hari tanya rate. Petang balik kerja pergi tukar. Tiga² kali saya tukar Di Sunway Carnival Mall. Ada 2 money changer di situ. Rate tak sama.

Saya senaraikan Money Changer yang saya call (area Butterworth, Pulau Pinang)

Megamall
1) Pacific Money Changer - 043995084 / 72
2) Super Invention - 043982911

Sunway Carnival Mall
1) Greenworld - 043996996
2) Broadway - 043988900

Bagan Luar 
S.A Sahul Hamid - 043312900 / 043237807

Raja Uda
Tripple Trillion - 043337090/2090

Mydin
Pacific Money Changer - 043997077

Terdapat beberapa lagi money changer tapi yang saya list kat atas, yang saya ada call. Pendapat saya, lebih baik :-

• call tanya rate harga kemudian baru pilih mana yang lebih menguntungkan.

• Tukar hari Isnin - Khamis.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...