Monday, April 30, 2018

Anas ke KEMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya daftar Anas untuk tabika Kemas masa penghujung Februari. Tak plan pun nak hantar dia ke situ tapi bila fikirkan dia dah 5 tahun. Sekarang pergi harian dengan Mak cik saya je. Tak da proper ajaran untuk umur macam Anas. Nak daftar macam dah lambat. Saya saja call dan masih di terima kemasukan. Isi borang dan hantar.



Saya cuti masa minggu pertama Anas ke Kemas. Awal seminggu saya dah cerita kat dia saya akan hantar ke sekolah. Tunjuk tempat. Dia tak nak dari awal lagi. Hari pertama ke KEMAS, Lepas husband pergi kerja saya kejut dan ajak mandi. Dia menangis as expected. Dalam kereta murung je. Sampai sekolah berkepit dengan saya. Saya dudukkan dan biar dia bermain dengan block dan barang² lain. Saya bersama cikgu untuk pendaftaran.


Saya kena bayar RM125 untuk bayaran pendaftaran temasuk bayaran bulanan, pakaian sukan, insurans dan lain-lain. Bayaran bulanan RM20. Saya ada sesi soal jawab dengan cikgu berkenaan Anas. Pagi² sarapan akan di sediakan. Ada biskut, cornflakes. Terpulang pada kanak² nak makan ke tak. Kemudian 10 pagi ada makanan lebih berat, nasi, laksa, kueteow. Dari Isnin hingga Khamis sesi persekolahan dari 8 pagi hingga 1 petang. Jumaat 8 pagi hingga 12 tengah hari.


Isnin, Rabu dan Jumaat pakai uniform, Selasa dan Khamis pakai baju sukan. Saya belum sempat beli baju uniform, saya pakaikan baju biasa je dulu untuk Anas. Masa nak balik Anas menangis tapi cekal hati gerak balik gak. Ada la juga intai kot tingkap tapi tak nampak apa pun. 12 tengah hari saya dah pergi sekolah. Saja duduk dalam kereta perhatikan Anas. Masa ni saya tak tahu sesi tamat jam berapa. Saya nampak ada orang datang ambil anak, saya pun pergi ambil.


Balik sekolah, suap makan dan 3 petang dah terlena depan televisyen. Hari kedua hantar dah tak mengalir air mata. Saya bagi Anas duduk dan tengok dia bergaul dengan kawan-kawan. Alhamdulillah tengok dia ok.


Masa ambil waktu balik, mulut dia bising bercerita dengan kawan-kawan pasal Auni. Dalam kereta saya tanya sesi persekolahan. Dia jawab soalan saya, apa yang di buat, makan apa, belajar apa. Ada juga saya tanya cikgu ok ke tak. Kawan² ada pukul ke tak dan semuanya ok.


Hari Ke3, last daya saya hantar sebelum bekerja. Dah tak menangis masa hantar ke sekolah. Sampai lambat sikit pagi ni.


Saya snap gambar sebelum balik. Dia duduk dengan kawan². Nampak macam tak mesra je dengan sekeliling. Hehe


Setiap kali hantar kena isi buku. Tapi saya tengok, tak semua orang isi pun. Kalau apa² terjadi senang la nak rujuk. Selain tu ada lagi satu buku kena isi. Kena tanda keadaan anak hari tu, sapa yang hantar, jam hantar dan buku itu akan di semak oleh cikgu hari². Buku itu juga adalah cara komunikasi cikgu dengan parents. Surat berkenaan aktiviti Tabika akan update di situ.


Hari ke4 saya dah kerja. Adik saya yang hantar. Baju uniform dah beli dengan kasut. Jenuh gak mencari sebab bukan waktu cuti sekolah. Nasib baik la ada. Baju pun 3 kedai pergi baru jumpa saiz Anas. Kasut beli di Longwan, Kepala Batas. Beberapa kedai gak pergi cari kasut. Saiz tak de dan stok kasut dah tak da sebab musim cuti sekolah dah habis. Harga baju RM25.90, kasut RM 12.90, stokin RM 4.50 untuk 3 pasang.


Cikgu buat group whatsapp untuk parent. Dia akan inform maklumat di situ. Lepas tu gambar masa sambutan hati jadi akan letak disitu. Aktiviti hatian anak² dia tak letak pun. Saya nak tahu juga apa aktiviti dan pembelajara mereka. Ada gak saya personal mesagge cikgu tanya berkenaan Anas. Dia akan beri maklum balas tentang hubungan dan komunikasi Anas dengan kawan² dan cikgu. Ada masanya Anas malas, mengelamun dalam kelas. Ada masa dia ok, aktif dan cepat belajar.

Aktiviti meniup warna menggunakan straw

KEMAS ada juga anjurkan aktiviti luar iaitu lawatan ke Perpustakaan Awam. Dalam kelas pun ada aktiviti fizikal tapi tak semua la yang cikgu update. Hari-hari tanya Anas aktiviti kat sekolah tapi bila dah petang dia dah lupa apa yang buat. Kadang-kadang dia cerita tapi saya tak dapat nak tangkap aktiviti apa. Macam hari tu dia bawa balik bunjut kain yang wangi. Saya tahu la dia buat pewangi. Cikgu akan update gambar bila ada sambutan hari jadi.

Aktiviti di Perpustakaan

Aktiviti hari cuti pun ada. Sepanjang 2 bulan ni kami ada hadiri mesyuarat agung untuk perlantikan AJK dan gotong royong. Gotong royong kami tak hadir. Kami di luar kawasan.

Buat kek batik

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...