Monday, April 16, 2018

Buat Passport di UTC


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hujung bulan lepas, saya dan suami bawa parents in law (PIL) buat pasport. Mereka nak pergi umrah lepas raya nanti dan haji tahun depan. Sebelum nak daftar umrah dan haji kena buat pasport dulu. Banyak minggu juga kami bertangguh sebab kami sibuk. Bila kami free, PIL pula ada hal.

Sebab BIL dah gesa nak copy passport untuk urusan unrah, kami dua adjust gak time untuk bawa PIL. Tanya sana sini dan kami setuju untuk bawa mereka buat pasport di UTC, Sungai Petani. Husband minta PIL datang rumah kami dan kami bawa mereka ke sana. Bertolak ke SP lepas solat Asar.


5.05 pm : bertolak dari rumah
5.55 pm : sampai UTC. Parking RM2 sejam pertama
6.00 pm : ambil nombor tapi kena fotostat IC dulu. Fotostat di kedai tepi imigresen
6.05 pm : ambil nombor giliran
6.10 pm : nombor di panggil serentak dua² ke kaunter berlainan. Tangkap gambar.

Selesai di kaunter pendaftaran, di beri nombor baru untuk bahagian pembayaran dan serahan pasport. Kena tunggu di bahagian sebelah kiri.

6.15 petang : bayar RM100 seorang (warga emas)
6.25 petang : nombor dipanggil untuk serahan pasport.


25 minit siap semua. Masa kami pergi ada 2 ke 3orang je di situ. Kaunter yang buka ada banyak. Kalau bawa siap² salinan kad pengenalan mesti lebih cepat. Next time datang je sini kalau ada urusan apa². Ada jabatan pendaftaran, imigresen, JPJ, klinik 1 Malaysia. Jimat masa. MIL cakap perjalanan nak sampai sini lagi lama dari proses pasport siap.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...