Monday, June 4, 2018

Mei 2018 - sampel percuma, hadiah contest dan giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Contest banyak tapi bukan rezeki saya. Saya pula tak sempat nak join. Banyak halangan. Banyak dapat sampel je la.

1. Nurish Organiq - Jawab dan Menang

 Jawab soalan di post FB dan saya antara 10 pemenang.



2. Registration Apps Mcdonald


Download apps Mcd di phone. Register dan sebagai welcome gift dapat free Mcchicken


3. Rewards BookDoc



Download apps BookDoc, syncronize dengan apps pedometer dan pencapaian bulanan akan di beri reward. Saya punya stage Bronze untuk Bulan April dan ada 50 reward yang boleh claim dalam masa seminggu.

4. Giveaway Hari Pekerja - Pasta Jalanan


Sempena hari pekerja Fanpage Pasta Jalanan minta teka lokasi mereka. Jawapan yang tepat dapat free mango Shake. Saya antara pelanggan setia mereka. Sedap mango shake. Penuh pati.



5. TGV Cinemas - Huricane Heist


Jawab soalan mengenai filem Huricane Heist dan tag 5 rakan FB.



6. Kidxy

Tag 2 rakan FB di post giveaway dan kami menang 3 hadiah yang sama. Memandangkan saya dah lost contact dengan kawan² yang di tag. FB pun tak berbalas PM. Saya letak maklumat saya pada tiga² details.


7. Prego - #GreatFoodGreatMoments


Jawab soalan setiap minggu mengenai video yang diupload. Share dengan #GreatFoodGreatMoments. Saya dan suami menang minggu ke 5.

8. Contest Herbal Oil Najlaa


Tag rakan FB pada post giveaway dan saya bertuah menang Herbal Oil Najlaa.



9. B Infinite Popcorn 
 Jawab soalan di FB B Infinite. Saya menang 2 tiket wayang GSC.

10. Ezerra Liquid Talc


Jawab soalan di FB Ezerra dan admin akan PM minta details

11. Megacineplex - Ghostland


Jawab soalan di FB giveaway Megacineplex. Share dan tag kawan. Husband bertuah. Rasanya untuk page Megacineplex husband dah menang 3 kali.



12. Shopee spin the wheel


Sempenan Ramadhan ada spin the wheel. Tekan² je. Nasib baik dapat la coin. Coin boleh tukar ke baucar untuk pembelian.

13. Ikea treat

Dah banyak kali pergi Ikea. Ini pertama kali ada staf datang cek resit dan barang di troli. Cuak gak kot ingat kami curi barang. Troli memang banyak barang. Siap carpet lagi bawa dari rumah buat pelapik duduk Anas Auni dalam troli. Lain² barang botol air masak, selipar, diapers dan towel. Semua letak dalam troli sebab tak de pun beg galas yang dibawa. Lepas cek semua, staf bagi baucar cam dalam gambar. Pergi kat  IKEA bistro, tunjuk tu dan pilih nak minuman sejuk ke panas. Order sekali aiskrim kat Anas Auni. 80 sen satu.

14. Nurses Day gift


Staf RHB Bank datang unit kami. Bagi seorang satu gula-gula bersama pamplet loan mereka. Tak lupa juga kena isi details nama dan nombor telefon untuk dihubungi.

15. Fridge Magnet


Patient bagi.

16. Sampel S26 Gold Progress


Request sampel untuk Auni

17. Moment Together Giveaway


Jawab survey di link FB Smartheart dan saya antara 100 yang bertuah.



18. #JomRayaHonda
Share dan tag rakan di post contest di FB Boon Siew Honda dan pemenang di pilih setiap minggu. Saya dan husband dua² terpilih menerima paket raya Boon Siew



19. GetDoc Facebook live


Tanya soalan semasa FB live dan jika soalan dipilih akan terima kod untuk belian online BMama Martenity. Saya tak guna pun.

20. Onitek




Giveaway ini di lancarkan selama 1 jam je. Kena share post giveaway dan tag 10 rakan. Lepas tu screenshot dan letak di bahagian koen giveaway. Then isi particular di link yang diberikan. Giveaway ada hari². Saya join 3 kali je. Kali ke3 menang. Hari² lain terlepas. Internet sendu kat tempat kerja.






No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...