Monday, June 18, 2018

Sambutan Raya Kami

Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Nak catat memori Hari Raya kami. Tahun ni kami suami isteri tak ambil cuti tambahan. Cuti 3 hari je. 4 Syawal dah kerja.


29 Ramadhan

Kerja half day. Balik rumah kemas beg. Ambil Anas Auni terus gerak balik kampung. Berbuka di kampung suami bersama ipar duai. Malam raya tengok tv, borak², layan budak² main bunga api dan mercun.




1 Syawal

Bangun pagi, Solat Subuh, bersiap anak-anak, Solat Raya bawa Auni, makan-makan, bergambar, bermaafan dan gerak balik Butterworth. Husband solat Jumaat di Masjid rumah mak. Malam bila semua tetamu dah balik kami adik beradik mengemas rumah. Selesai semua dan kami gerak balik rumah kami.


2 Syawal

Bangun mandi, bersiap dan bergambar dalam rumah. 12 tengah hari gerak ke kampung arwah tok husband. Kenduri tahlil dan rumah terbuka. 3 petang bertolak ke rumah pak cik di Sungai Ara. Lepas tu ke rumak Mak Chaq di Seberang Jaya. Elok sampai depan rumah, orang tak de. Terus gerak balik rumah kami.



3 Syawal

Banyak jemputan hari ni. Lorong Taman je ada 2 jemputan. 12 tengah hari pergi rumah pertama, pergi jumpa tuan rumah je. Juadah belum siap lagi. Lepas tu pergi rumah pak cik saya. Ada open house dan majlis pertunangan anaknya. Lepas jumpa saudara dan makan, kami gerak ke rumah setrusnya. Kami makan Mk kati, sate dan teh tarik. Rumah mak su suami saya ambil roti jala dan air je. Dahaga sangat dengan cuaca panas. 3 petang ke Sungai Petani rumah kawan kolej. Ada majlis Hari Jadi anaknya sekali majlis raya. Kawan suami call nak datang rumah. Jalan sesak sikit. Minta husband inform kawan untuj datang lepas Maghrib je. Sempat beli sate kat kedai tepi jalan dan balik saya masak spagheti bolognese je. Buat air panas dan oren untuk mereka. 10 malam gak la baru masuk bilik rehat.


4 - 8 Syawal

Sudah kerja. Keluar rumah dari pagi sampai petang


1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...