Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ni husband beli masa pesta buju di tempat kerjanya. RM10 sahaja harganya. Saya mintanya beli bila dia hantar gambar lambakan novel yang dijual, sebab penulisnya. Pada saya novel yang hebat pada penulisnya. Saya kenal karya mereka. Sekali baca karyanya, jika jatuh hati, saya akan terus membeli karya yang lain. Sebelum saya baca, adik saya khatam dulu novel ini. Ulasa dari dia, bosan, tak menarik dan bosan. Ok, saya dah tangguh nak baca. Saya dahulukan novel lain. Tambahan pula ia tebal. Mesti ambil masa yang lama. Selepas dah baca saya paham kenapa adik saya kata begitu. Adik saya muda 10 tahun dari saya. Jalan cerita novel ini berat. Perlu penghayatan dan penghadaman. Mungkin saya yang 30an masuk dengan gaya novel ini
Kisah novel ni berat dan melompat-lompat dari satu tahun ke tahun. Penulis tidak meletakkan apa-apa tanda untuk mengelakkan pembaca keliru contohnya tahun kejadian berlaku ataupun perkataan 'imbas kembali'. Di penghujung nampak seperti tergesa-gesa untuk ke penamat. Beberapa adengan juga nampak tak logik bila tiba di penamat. Beberapa watak jahat tamat camtu je.
Sinopsis
Puteri Seroja bercinta dengan Charlie di Universiti walaupun di ketahui kekasihnya playboy. Selepas di kecewakan, dia nekad berhenti belajar dan ingin bekerja setelah di halau keluarganya kerana memalukan mereka. Dia dibawa bekerja di aebuah rumah sebagai pengasuh dua kanak-kanak yang ketandusan kasih sayang ibu mereka, Zara. Perwatakannya membuatkan Hakimi jatuh cinta padanya. Selepas kematian Zara, Hakimi mengahwini Puteri walaupun pada awalnya ditentang oleh mummynya, Tengku Murni. Mereka berkahwin hanya di atas kertas bila Hakimi di bomohkan oleh ibunya sendiri. Kehadiran Syakir Adli di rumah itu menjadikan Puteri nanar. Dia melepaskan kemarahnnya pada Syakir, lelaki yang tidak mampu berbuat apa-apa. Kebenaran makin terungkai bila Hakimi meninggal. Bagaimana nasib anak-anak Hakimi di tangan nenek merwka yang tamakkan harta? Bagaimana nasib Puteri selepas Hakimi meninggal? Apakah penyebab Hakimi meninggal?
Bagi saya kisah novel ni lebih best kalau disusun mengikut plot. Tak perlu kot kisah semasa, kemudian imbas kembali, pastu kisah semasa balik. Pening jadinya.
rajin baca novel bagus bagus. kipidap.. cheq malaaaih =P
ReplyDelete