Monday, August 27, 2018
Seafood Buffet Dinner
Sabtu lepas, saya, suami dan anak ke Hotel Iconic City, Bukit Mertajam untuk dinner. Dinner bermula dari 7 sehingga 10 malam. Saya booking pada hari Khamis. Plan nak pergi dinner hari Sabtu. Dinner ni hanya ada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Dah call tu tanya sekali harga untuk kanak-kanak. Kanak-kanak bawah 5 tahun tak perlu bayar. Saya dan suami guna kod baucar menang contest di Facebook. Semasa booking saya diberitahu untuk datang seawal 6.45 petang.
Tengah hari, staf hotel call untuk pengesahan kehadiran. 6.30 petang baru kami bergerak keluar dari rumah. Lepas 15 minit sampai hotel. Parking ada di sediakan sekitar hotel percuma dan parking berbayar di dalam hotel. Cafe di tingkat saty. Naik tangga je dari lobi. Besar kafe nya. Di pintu masuk beritahu nama dan diberitahu nombor meja. Atas meja dah ada siap 4 cawan air putih. Husband pergi ambil dulu makanan. Dia ambil ketam, udang. Saya jaga anak-anak. Bagi Anas Auni makan marshmallow dan anggur.
Lepas husband ambil makan, saya pergi tawaf tengok menu. Ada pizza, buah-buahan tempatan, cotton sugar, nasi kukus, kambing masak kurma, ikan, ayam, mussel, tiram, ketam, udang, lobster, sotong, sushi dan banyak lagi. Masa kamk sampai kami diberi 2 kupon untuk menu baby lobster. Boleh bagi pada mana-mana staf masa nak makan. 8 malam baru kami ambil menu tersebut. Saya tertarik dengan oyster cheese baked. Sedap sangat. Mula-mula ambil satu je. Dah sedap pergi nak ambil lagi tapi dah habis. Nampak waiter datang top up, pergi ambil 4. Lepas tu dah tak de. Berkali-kali waiter datang top up pun cepat sangat makanan tu habis. Nampaknya semua orang pun suka menu tersebut.
Anas Auni ambil cotton candy dan ais krim potong. Auni makan buah naga. Habis la comot baju. Dah la ambil yang warna merah. Dia tak biasa makan. Seronok la nak makan tengok buah tu colour pink. 9 malam kami dah tak larat nak makan. Saya dah rasa tak selesa perut. Sebagai penutup kami ambil kopi. Seronok buat coffee sendiri guna coffee maker. Dah selesai semua pergi kaunter. Kami inform guna voucher yang dapat. Kena hantar voucher ke whatsapp. Sepatutnya kena print voucher dah bagi masa nak buat payment. Nasib baik la semua staf di hotel tu baik. Semuanya layan kami dengan mesra dan baik. Kami puas hati makan malam ni. Kalau kena bayar, berbaloi harga yang di bayar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)