Tuesday, October 30, 2018

KPJ Penang Colour Run 2018


Event : KPJ Penang Colour Run 2018
Date : 28/10/2018
Time : 7am
Day : Sunday
Fee : RM37
Venue : KPJ Perda


Even ini sama tarikh dengan event di Hospital Pantai. Saya pilih event di Seberang Perai. Lebih mudah dan bergerak. Jimat masa dan wang. Ambil baju hari Jumaat dan Sabtu. Kami pergi Jumaat lepas solat. Malangnya hari Jumaat hanya saiz M dan L saja yang ada. Lain-lain saiz kena datang ambil hari Sabtu atau hari larian. Hari Sabtu pergi ambil lagi sekali. Nasib baik saiz ada.


Hari larian, flag off 7 pagi. Hantar Anas Auni rumah mak dan kami sampai tepat jam 7 pagi. Peserta belum dilepaskan. Tengah senamrobik masa tu. 7.10 pagi semua peserta dilepaskan selepas perasmiaan oleh YB Permatang Pasir. Husband lari dulu. Saya lari-lari anak je. Banyak jalan laju. Sepanjang larian ada stesyen yang oraanizer baling serbuk warna. Antara yang terawal gak sampai. Bergambar depan tempat pelepasan. Pastu join Zumba dan tunggu cabutan bertuah. Malangnya tak bertuah pun. 9.45 pagi sampai rumah.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...