Monday, March 11, 2019

Sambutan Hari Lahir Anas Syauqi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1 Mac lalu birthday Anas yang ke 6. Saya sibuk buat persiapan untuk sambung belajar dan sambutan birthday Anas di buat seringkas mungkin. Plan untuk buat sambutan di sekolah Anas je. Awal seminggu inform guru kelas nak buat sambutan dan akan bawa hidangan bihun dan kek. Survey barang untuk goodie bag. Birthday kawan² Anas ada bagi goodie, nanti Anas tak bagi goodie kesian lak dia. Plan itu ini sudahnya beli stationery set je kat Mydin.



Untuk kek plan nak order brownies tapi yg nak buat brownies tak free lak. Beli je kek sebiji di kedai kek harga RM10 sebiji. Plan nak beli petang 28hb tapi dugaan hari tu kereta tak dak nak kuar beli. Adik saya naik basikal pergi beli. Beli kek coklat yang tak heavy deco sebab nak bawa dengan basikal.


Untuk bihun bagi duit kat mak, request nak bihun putih dan pack dalam polisterin kecil. Saya tambah air kotak teh bunga. Sebab tak prepare awal, 2 hari sebelum majlis baru kalut nak cari air kotak. Tesco, Mydin semua mahal. Lastly saya beli kat Longwan. Kos yang di keluarkan.

Stationery : RM2 x 25
Bihun, packaging : RM50
Air kotak : RM3.49 x 5 (30 kotak)
Sudu, plastik : barang sedia ada
Jumlah : RM 117.45

1/3/2019 - Jumaat


Saya cuti hari ni. Lepas hantar Anas ke pra, just remind cikgu nanti nak hantar makanan 9.30 pagi. Mak dah siap masak, saya bantu tabur garnishing. Tunggu bihun sejuk sikit sebelum nak pack masuk plastik sekali air. Saya pack bihun + air kotak + sudu, garfu dlm plastik. Semua 25 pack masuk dalam box besar. Untuk cikgu Anas pack bihun dalam bekas plastik lebih besar bersama air kotak juga. Sampai sekolah, turunkan barang dan park kereta.


Usung la kami 2 orang ke kelas Anas yang kat hujung tu. Memang berat. Sampai sekolah diorang semua dah ready nak makan. Kami potong kek dulu kemudian Anas edarkan stationery set ke semua kawan-kawannya. Lepas tu baru semua makan. Masa sesi makan ni saya dah minta diri nak balik. Alhamdulillah, walaupun adhock, semuanya berjalan lancar.


Malamnya kami buat sambutan kecil-kecilan dengan semua ahli keluarga saya. Mak masak nasi ayam dan anas potong kek. Seronok la dia dapat banyak hadiah. Tak sabar nak buka. Dari siang saudara bagi hadiah, dia nak buka tapi saya tak benarkan.


Sekalikan je dengan Auni masa nak potong kek. Auni tu seronok tiup lilin je.
Birthday Auni hujung bulan ni. Saya dah dekat Kelantan, tak sempat sambut sekali. Mungkin balik lewat sikit celebrate kalau tak dak hal apa-apa.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...