Thursday, June 13, 2019

Photoshoot Raya 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dari 2014 tak.pernah miss photoshoot raya dengan Krypictures Studio.
Dari Anas kecik sampai Auni pun dah besar.
Cuma kali ni saya belajar di Kelantan, tak dapat nak shoot awal².
Biasanya saya ambil date shoot awal, tak berebut dengan orang.
Saya balik Penang cuma sekali je masa Ramadhan, tu pun 2 hari je ada, memang tak sempat.


Dengan nak hunting Baju Raya sefamili, nak spend buka puasa dengan family sendiri, mentua. Rasa cam sotong dah 😁
Saya ambil tarikh shoot 31/5/2019, Jumaat, 9.30 malam.
Ingat nak ambil Sabtu, dan la cari mana yang tak dak lagi sebab saya sampai Penang pun Subuh 31/5/19 tu. Tapi penuh lak slot. Dah penghujung Ramadhan kan.
Minta husband je belikan kasut, songkok Anas.


Saya lak setelkan mana yang belum lengkap untuk saya di sini.
Masa saya book masih dalam promo, diskaun RM20. Dari RM100, bayar RM80 je.
Lepas Isyak baru kami bertolak ke studio. Kami pakai baju raya tahun lepas sebab tahun ni warna biru, sama dengan backdrop.
Hujan lebat, bawa adik saya untuk jadi pompom girl macam selalu.
Anas dengan Auni dah kena psiko beberapa hari awal dengan janji-janji manis supaya mereka senyum depan kamera.
Alhamdulillah semuanya menjadi. Ada 2 style boleh shoot, whitestudio dan Raya backdrop.
Selesai 30 minit shot, terus balik. Gambar dapat malam raya dalam Google Drive.
Gambar semua cun dan terbaik.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...