Thursday, October 17, 2019

Review Korean Drama - Class of Lie

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tak pernah-pernah buat entri review drama Korea, tetiba buat. Saja la, benda best harusla dikongsi 😂
Kisahnya saya nampak Cik Epal share di Ig Story kata drama ni best. Saya pun cari la kat mana nak nonton. Rupanya boleh tonton di Viu. Apps Viu memang ada dalam hp ni. Free lak tu, tak yah bayar.


Tengok episod 1, eh best la. Tak dak pun kisah watak utama orang kaya, bisnes juta2, naik lambo dan bla bla. Kisah yang tak cliche dan berani. Mana ada drama kat Malaysia nak siasat kes bunuh sampai ke lubang cacing? Mana ada drama nak selongkar kisah hitam orang besarnya.

Sinopsis


Ki Moo-Hyeok, seorang peguam yang dikenali kerana kehebatannya. Dia dilantik untuk mempertahankan Kim Han Su yang dituduh cuba membunuh rakan sekelasnya Jung su Ah. Sekolah tersebut adalah sekolah Elit yang terkenal. Semasa sesi perbicaraam dia berjaya menemui rahsia mangsa dan itu menyebabkan Suspek memgubah keterangannya. Suspek kemudia cuba membunuh diri dan kes ditangguhkan. 
Ekoran dari insiden di Makhamah, Ki Moo Hyeok digantung lesen oleh ketuanya. Untuk membersihkan namanya dia menyamar sebagai guru sementara di Sekolah tersebut untuk membongkar rahsia siapa pembunuh sebenar. menyelinap ke sekolah tersebut. 
Di sekolah tersebut dia kemudian bertemu dan terlibat dengan dengan Guru Ha So-Hyun, guru yang sayang dan percaya pada murid-muridnya. Ki Moo-Hyeok kemudian menemui lebih banyak rahsia di situ. 

Lepas tengok episod demi episod, rasa tak sabar nak tau endingnya. Setiap watak dalam drama ni unik dan ada karakter mereka tersendiri. Drama ni best. Saya suka. Takdak aksi xxx. Kalau korang jenis sukakan drama thriller, fikir2 boleh la spend masa tengok. Ada 12 episod dan tak rasa sangat pun lama menonton setiap episod. Tak dak kisah cinta2, hero heroin pun tak pasti yang mana sebab masing2 ada watak yang kuat. Hero mungkin yang lawyer la, heroin mungkin yang cikgu atau peguam satu lagi. Ok, selamat menonton 😘




No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...