Monday, November 18, 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan SKBJ 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Jumaat lepas, sekolah Anas ada buat Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk murid prasekolah dan tahun 6. Majlis bermula 8.30 pagi tapi Anas masuk sekolah macam biasa. Lepas hantar Anas, pukul 8 saya pergi daftar dan ambil tempat duduk. Paling depan yang ada baris 3 dari depan. 


Lepas ucapan, persembahan dan penyampaian hadiah untuk murid Pra, Anas masuk kelas semula. Saya pun bergerak dari tempat duduk pergi kat Anas. Ambil gambar dengan waris lain dan guru. Kami minta nak balik, guru kelas tak bagi. Katanya 12 tengah hari baru boleh balik.


Untuk majlis Anas ni, saya buat chocolate bouquet bersama adik saya. Nak jimat kos kononnya tapi mencabar betul nak buat. Guna barang dari eco, dan ada juga barang sendiri. 

Coklat, lidi sate dan bakul dari eco. Guna separuh je coklat. Ada lagi baki budak2 makan. Pensil warna dan pensil dari rumah. Kotak kosong je tu sebab tak nak berat. Dalam bakul letak foam hijau untuk bunga tu. Ribbon dan bunga memang ada kat rumah saki baki hamper sebelum ni. Kami guna sellotape untuk lekat tapi tak kukuh. Next time nak buat kena guna gam. 


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...