Tuesday, January 28, 2020

Majlis suai kenal tahun 1 2020



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
2020 Anas Syauqi dah 7 tahun dan dah mula alam persekolahan. 28/12/2019, Sabtu sekolah Anas buat majlis sua kenal. Murid dan ibu bapa kena datang untuk beberapa urusan. Surat dapat masa husband pergi sekolah untuk pengesahan. Actually 2018 saya daftar Anas di sekolah lain. Selepas beberapa masalah yang muncul selepas saya habis belajar, kami suami isteri buat keputusan untuk tukar Anas ke sekolah yang dekat dengan kami.


Penghujung Disember baru terima keputusan yang berjaya masuk sekolah tersebut. Masa pergi pejabat untuk cop dapat sekali surat untuk majlis suai kenal dan borang butiran peribadi. Majlis dibuat hari Sabtu. So, tak yah la nak cuti. Majlis bermula 8 pagi. Anas kena hadir beruniform. Masa datang tengok senarai nama Anas di kelas mana. Dah tau kelas kena beratur ikut kelas untuk serahkan gambar dan borang peribadi.


Anas lak kena beratur ikut kelas dan dibawa oleh guru kelas ke kelas. Kami ikut jap nak tengok kelas then biar je. Husband pergi dengar taklimat. Nampak orang lalu lalang bawa plastik ada buku. Saya pergi cari koperasi. Sampai koperasi, orang ramai dan kena ambil nombor giliran. Nombor lambat lagi. Auni lak bising lapar.

Husband keluar cari makan. Saya tunggu Auni makan dan husband sambung dengar taklimat. Nombor giliran sampai saya pergi beli buku. Mostly dah ada. Dah siap semua dalam plastik. Beli sekali baju dan seluar sukan. Ada display saiz boleh la nak tengok muat ke tak. Tapi tuan badan tak dak, saya ambil je la saiz paling kecil.

Siap semua pergi semula kat tempat husband. Buka plastik baju tunjuk kat husband. Baru perasan baju tangan panjang. Saya pergi check Anas kat kelas. Rupanya dah boleh ambil buku teks lepas isi borang.

Saya pun isi borang dan ambil buku teks. Nasibla masa ni tak de orang. Elok habis taklimat dah ramai orang beratur luar kelas. Selesai ambil buku boleh balik.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...