Friday, April 3, 2020

Review drama Jibril


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah setahun rasanya saya download apps Viu. Asalnya download untuk menonton drama korea. Asyik marathon Korea, rasa nak tukar drama melayu lak. Try la menonton Jibril. Not bad. Kisah tentang peguam, selesaikan misteri pembunuhan then persatuan apa ntah. Lainnya drama ni langsung tak nampak macam kejadian di Malaysia. Dengan nombor plat kereta, sebutan agen, perisik, polis, bangunannya. Even uniform polis, pegawai penjara pun lain. Drama ni dirayangkan tahun 2018 di TV7.

Sinopsis
Jibril Azym merupakan peguam genius yang mampu selesaikan kes-kes besar dengan cara yang tersendiri sampaikan Kapten John  meminta bantuan Jibril untuk kes pembunuhan Dato’ Nasir Fatah iaitu pencipta AI dengan nama SAFA. Rupanya dia dibunuh oleh organisasi rahsia, ZERKALA. Zerkala diketuai oleh Hamra di mana hanya dia sahaja yang tahu semua ejen Zerkala tapi ejen yang lain hanya berhubung melalui telefon dan tak kenal satu sama lain. Jamal Bana yang dahulunya merupakan ejen Zerkala di Mesir bertemu dengan Dr. Scott dan keluar dari Zerkala yang lebih tepat dikenali sebagai terrorist. Morshidi  merupakan peguam yang panas baran dan tak suka dengan Jamal sebab dia benci dengan ekstremis. Morshidi pula pernah jadi peguam pendakwaraya untuk kes Zulfikar yang terlibat dengan Zerkala tapi disebabkan maklumat Zerkala tak sempat didedahkan kepada Morsyidi, dia anggap Zerkala cuma kisah dongeng.Tapi tidak bagi kekasih dia, Jackie yang bekerja sebagai pembantu sementara Jibril sebagai syarat untuk Jibril bersetuju jadi consultant di KGL lawfirm. Lepas beberapa kebetulan dan source yang dia terima dari Puan Aisya, isteri Jamal, dia yakin Zerkala wujud dan bantu Aunty Kim & Kapten John serta team PASTEK yang lain untuk settlekan kes pembunuhan Dato’ Nasir Fatah dan Jamal Bana.

Ending nya tergantung. Saya memang tak suka tengok drama ending camni. Dah habis tengok kita rasa lagi banyak nak dipersoalkan. Pasal Vikram yg memang jahat ke tidak then camna Yassin + Mona hidup balik. Jibril sebenarnya mental ke apa. Kejap dunia lain, kejap tempat lain. Pastu nenek dia apa kaitan? Eh banyak lak persoalan. Kalau tak mau pening jangan tengok 😂

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...