Friday, June 5, 2020

Review Drama Korea : My Absolute Boyfriend



Drama ni mula tonton bulan 4 rasanya. Akhir bulan Mei baru habis. Di Viu 40 episod. Dah masuk bulan Mei dah tak. Leh tonton di Viu sebab drama ni kategori Premium. Akaun Premium saya tamat bulan Mei. Nak habis kan beberapa episod kena cari di saluran lain. 

Sinopsis 

Da Da merupakan seorang special effect makeup artist yang putus cinta hingga berjanji tidak akan jatuh cinta lagi selepas hubungannya yang dibina selama 7 tahun tiba-tiba saja kandas tanpa alasan yang masuk akal. Suatu hari, Da Da mendapat seorang robot yang diprogram untuk menjadi seorang teman lelaki yang sangat sempurna. Robot bernama Young Goo tersebut membuatkan bekas teman lelaki Da Da yang juga seorang pelakon itu cemburu.
 
Di sisi lain, Young Goo memang menjadi teman lelaki yang sempurna. Lantaran setiap hari mendapat limpahan kasih sayang dari Young Goo, tentunya Da Da sedikit demi sedikit mulai goyah. Da Da mulai jatuh cinta dengan Young Gu. Bagaimana pun pelbagai halangan menanti mereka dan orang sekeliling. Apatah lagi bila mereka menetahui identiti Young Goo. Bagaimana pengakhirannya hubungan mereka apabila Young Goo mulai rosak?

Ok la drama ni. Saya suka bila ada magik. Tapi tak de la. Magik mana pun. Robot bukan ada superpower. Tapi dah mula tengok, habiskan je la. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...