Wednesday, August 12, 2020

Bebas Rabun - PRK, Lasik dan Smile

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum saya share pengalaman saya menjalani pembedahan ''Bebas Rabun'' ni, meh nak share sikit info yang saya jumpa di internet. Sebelum saya setuju untuk dapatkan rawatan, saya tercari-cari info seperti ini. Saya harap info ni berguna di masa akan datang. Di sebabkan saya mendapatkan rawatan di Pusat Pakar Mata Dan Lasik Utara, saya kongsikan info berkenaan prosedur yang mereka jalankan. Mungkin di tempat lain, lain prosedur atau nama panggilannya. Kebanyakan info di ambil di FB PPMLU


PRK - potong semua bulatan biru
Lasik - potong 80% bulatan biru
SMILE - potong 20% je bulatan biru

PRK: Lapisan paling luar pada bahagian kornea dibuang terus & dipakaikan dengan bandage contact lens setelah rawatan laser. Bandage contact lens ni pakai lima hari ja, lepastu takpayah dah.


Femtolasik: Ada bukaan pada kornea yang kita panggil "Flap". Flap dibuat dengan laser iaitu femtolasik. Lepas rawatan, flap ni ditutup balik.


Relex SMILE: Tiada bukaan (flap) pada kornea.


“Lasik dan Smile" merupakan kaedah rawatan laser yang digunakan untuk menyembuhkan rabun dekat (myopia), rabun jauh (hypermetropia) dan astigmatism. Kaedah ini membentuk semula kornea untuk membolehkan cahaya memasuki mata dengan betul supaya memberi fokus ke retina untuk penglihatan yang lebih jelas.

Kaedah ini mempunyai kebaikan seperti meningkatkan tahap penglihatan, penyelesaian untuk jangka masa panjang, keputusan dan kadar penyembuhan yang cepat iaitu selepas satu hari pembedahan, tiada lagi penggunaan cermin mata dan kanta lekap.

SMILE merupakan teknologi baharu Rawatan ini sesuai bagi mereka yang berumur 20 tahun ke atas, mengalami rabun mata melebihi 75++@0.75 hingga 1000@10.00 dan silau hingga 500. Teknologi ReLEx-SMILE menggunakan laser femtosecond dengan invasif paling minimum. Kebaikan rawatan ini ialah pesakit dapat melakukan prosedur pembedahan pada hari yang sama dengan pemeriksaan mata. Selain itu, prosedur ini bercirikan tiada bukaan lapisan kornea mata, lebih cepat, selesa dan hanya memerlukan satu langkah sahaja (satu mesin pembedahan sahaja).

Selain Smile, bagi mereka yang berumur bawah 35 tahun boleh memilih pembedahan Premium Lasik dan bagi yang berumur lebih 35 tahun, boleh mencuba Presbyond (Blended). Kedua-dua pembedahan ini sesuai untuk mereka yang mengalami rabun jauh, rabun dekat dan silau, beranggaran 75++@75 ke atas hingga 1400@14.00. Selain itu, prosedur ini membuka lapisan kornea mata dan membuang lapisan rabun dengan laser excimer.

Mesin yang di gunakan untuk prosedur
Lasik dan Smile

Di harap info ini membantu pada yang memerlukan 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...