Wednesday, October 14, 2020

Review novel : Sesuatu yang Hilang

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Novel ini saya beli sejurus selepas saya baca enovel Anna Lee bersama penulis Poreng Kertas. Beli kat shopee je sebab malas nak cari yg preloved. Buku baru, preloved mahal lagi rasanya. Lepas 5 bulan baru saya baca 😂


Sinopsis


Mikha yang bangun pagi, pergi kerja dan semua terkejut melihat seolah dia makhluk asing. Rupanya dia dah 2 bulan tak datang kerja dan MIA dari teman rapatnya. Padahal bagi dia, semalam dia ada je datang ofis, lepas dengan mereka. Mikha hilang memorinya selama 2 bulan. Pelbagai kejutan dia hadapi selama seminggu itu. Dia kena keluar dari rumah sewa sebab dia yang setuju nak keluar, dia dah guna fon lain yang mahal, dalam beg tangan dia ada kunci kereta dan kereta mahal itu dia pandu walaupun tak tau siapa pemiliknya. Dan lebih mengejutkan dia dah kahwin dan dia tak kenal pun lelaki yang jadi suaminya. Mikha mula mencari jawapan. Dia menyiasat segala petunjuk yang dia jumpa. Akhirnya dia jumpa jawapan selepas kemalangan. Betulke Ibra suaminya? Siapa yang perlu dia percaya? Ben atau Ibra? 


Ok, saya suka karya penulis Anna Lee. Dah 2 novel dan ebook nya saya baca. Saya suka gaya penceritaanya. Untuk novel ni. Penuh misteri. Tak sabar nak tau bab demi bab. Kenapa camni, kenapa camtu, siapa yang pedajal Mikha ni. Ending je la tak best. Katanya ada sambungan. Kita tunggu.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...