Monday, November 16, 2020

Cuti-cuti di Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap tahun bulan 10, kami akan jalan-jalan, bercuti sempena birthday saya. Sama jugak untuk birthday suami dan anak-anak. Plan tahun ni nak ke Sunway Lagoon. Tiket dan hotel dibeli seawal bulan Jun. Malangnya 2 minggu sebelum tarikh penginapan, PM umumkan PKPB di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Dengan berbekalkan seminggu sebelum tarikh, bincang dengan husband nak ke mana. Dengan peningkatan kes Covid, saya study juga negeri dan daerah yang takde kluster. Kami pilih Ipoh. 

Survey hotel dan aim nak hotel yang anak-anak enjoy dalam bilik. Ye la, takut in case hujan. Compare harga di Agoda dan Traveloka. Agoda lebih murah, malangnya Agoda tak leh cancel. Saya book di Traveloka. Boleh tukar date atau cancel. Saya pilih Weil Hotel. Harga yang dibayar untuk 3H2M RM549 untuk Superior King. Pilih tanpa breakfast. Ini bilik paling murah. Yang bestnya hotel ni setiap bilik ada bath tub. Dah ada bath tub, anak-anak tak kisah dah apa pun.




Minyak RM37 (22 liter)

Tol : RM28

Hotel : RM549





23/10/2020 - Jumaat

Plan nak bertolak 10 pagi tapi malam tu Anas bising nak p sekolah gak. Husband cakap gerak lepas Anas balik sekolah. Saya pun ada beberapa hal keje nak setel. Isi minyak 20 liter je dulu bagi penuh tank. Pick up Anas, singgah rumah mak, Anas mandi tukar baju dan terus gerak. Singgah RnR Bukit Merah sebab nak beli Burger Ramly, nugget, fries dan wedges. Buat bekal makan dalam kereta. Anas belum makan kan. Then terus je drive ke Hotel. Perjalanan lancar, tak banyak kenderaan cuma hujan la di beberapa kawasan. Alhamdulillah selamat sampai hotel. Hotel pun mudah nak cari sebab dalam bandar, sebelah mall, Ipoh Parade (IP). Sampai di hotel jam 2.30 petang. Ke kaunter reception untuk daftar masuk. Serah IC dan saya kena bayar deposit RM200. Cash ada RM50 je. Adeh la. Saya dah la kurang bawa cash sekarang. Mana2 pegi guna e-wallet je. Tapi diorang nak cash jugak. Saya diminta ke IP tekan duit. Dah kena jalan kaki ke IP, kuar duit baru leh settle check in.



Dah bagi deposit, baru leh masuk bilik. Saya bayar untuk bilik paling low cost, Superior Deluxe then diorg upgrade ke Telegraph Cosy Concept Room. Tengok kat website, sama je saiz bilik. Beza dekat view tingkap dengan deco bilik je. Harga 2x ganda dari bilik yang saya ambil. Concept Room di level 12. Lain-lain di level 7-11. Nak naik level ni kena ada access card. Parking pun level lain. Then dari parking kena tukar 2 lif baru sampai bilik. Complicated 😂. Pengunjung tak ramai, senang la dapat lif. Masuk bilik, letak barang. Anas Auni terjun masuk bath tub dulu. Boleh la kami rest bila diorang mandi. Selesai mandi bagi tengok tv dan rest jap sebelum pergi pool kat rooftop. Nak pergi pool kena call dulu baru pintu level pool di buka. Pool tak sesuai untuk kanak-kanak. Kedalaman 1.2 meter. Ada 3 dewasa je masa kami masuk. Sampai 7 malam gak diorang mandi pool.




Habis kat pool, sambung dalam bilik lak. Lepas Maghrib kami keluar cari makan malam. Kami ke Konda Kondi Cafe. Try makanan best seller, carbonara dan air Konda. Sedap carbobara. Air konda tak sedap pun. Husband order spagheti Thai. Agak masin. Masin yang tak leh makan. Kami complain cakap masin sangat, diganti dish baru tapi masih masin. 😂 Lepas makan singgah ECO depan hotel je beli mainan, jajan dengan sabun. Habis sabun hotel bebudak ni guna tuang dalam bath tub. Balik hotel, mandi, solat dan rehat.




24 Oktober 2020 - Sabtu



Kejut anak-anak bangun mandi. Tau dah diorang nak berendam dalam bath tub lama. Lepas siap semua keluar cari breakfast. Cari beberapa kedai yang recommend tapi penuh, tutup. Last kedai yang jumpa Allong Warong. Dalam kedai tak ramai, ramai yang tapau. Saya order lontong, husband ambil kueteow goreng, Auni nasi lemak + sup, Anas telur separuh masak. Harga murah kat sini. Lontong tak berapa rasa. 


Lepas makan kami ke Concubine Lane (CL). Datang sini sebab banyak port nak bergambar + nak pergi kafe Harry Potter. Parking senang tapi kena kupon kalau tak nak saman. Kami tak letak kupon pun, cari kedai area situ tak jumpa lak yang jual kupon. Gamble je la letak kereta. Kami bergambar di Plan B dan terus je jalan kat lorong sambil bergambar dan cari Platf9rm Cafe (PC). 

Masuk PC kena order makan minum dulu baru boleh naik atas. Port bergambar semua kena naik atas. Tingkat atas ada tangga lain untuk turun bawah, Kat situ baru best bergambar. Saya order air 1 tapi tak leh, kena order 2 air sebab 2 dewasa 2 kanak-kanak yang masuk. Cakap la air untuk anak-anak,kami tak minum manis. Dia suruh order kek lak. Amik la 1 kek,

 


tanya dia apa yang best seller, dia kata Carrot Cheese Cake. 


Konsep layan diri kat sini, lepas order, bayar, collect makan minum, naik atas. Kat atas ada 6 orang je. Kerusi tak banyak, kalau datang masa cuti sekolah memang pack la dalam ni. Bebudak dalam ni lak lepak cam tak nak keluar. Kami ni masuk sebab nak bergambar je. Habis semua port gambar, pulun nak habiskan kek. Husband dengan Anas memang tak makan kek, Auni pun dah rasmi awal dulu kek. Saya la kena habiskan. Tapi memang tak sedap, tak mampu nak habiskan. Lepas selesai di sini, masuk kereta nak balik hotel. Panas sungguh. 

Anas Auni berzanji nak mandi pool. Masa nak ke kereta ni, Majlis Bandaran tengah round nak saman kereta park tanpa kupon. Cepat-cepat husband lari masuk kereta. Balik hotel, bagi mandi bath tub, makan dan paksa tidur sebelum boleh mandi pool petang nanti. Petang kami masuk IP, husband suruh pilih hadiah birthday. Amik blouse 2 helai kat kedai Uniqlo. Tapau mi kari dari kedai apa ntah. Makan kat bilik masa bebudak ni mandi pool. Tak sedap jugak. 

Lepas maghrib kami ke Gerbang Malam sebab nak cari orang urut kaki. Yang ada tukang urut lelaki je. Nak makan ingat nak cari Nan Cheese tapi dah singgah Night Market, makan dalam tu je la. Banyak orang jual makanan dan baju-baju dekat sini. Parking pun mudah. 


25 Oktober 2020 - Ahad



Kemas barang-barang masa Anas Auni mandi. Siap semua 11.30 pagi gak turun. Simpan barang dalam kereta, naik balik lobi sebab nak bergambar depan hotel. Dalam hotel pun cantik tapi segan nak bergambar. Check out, bagi resit, dapat balik RM200. Terus cari kedai makan. Saya nak jugak mi kari, Cari kedai dalam maps. Dah sampai tutup. Lepas 2 kedai tutup, ke Medan Selera Dato' Sagor je. Ada la beberapa kedai makan. Yang jual mi kari 1 je dan habis. Sudahnya order nasi goreng kampung. Nasib baik sedap. 

Dah kenyang masuk kereta, huband tanya nak ke mana, saya kata nak ke Gopeng, cari Gaharu Tea Valley. Sampai sana tutup je pintu dan tak nampak pun port mana nak bergambar. Husband lak terus drive ke atas sebab nak cari camp site yang ada signboard sepanjang laluan naik. Sampai la ke tempat tanah runtuh, saya ajak patah balik. Patah balik terus balik rumah. Nak ke rumah parent saya lak sebelum balik basuh baju sebab esok saya berkursus 3 hari di Ipoh jugak!

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...