Tuesday, October 12, 2021

Review Drama : Kill Me Heal Me

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Drama ni saya tonton sebab heronya Ji Sung. Then ada juga recommendation. Di Netflix tak de, ade kat Viu je. So, sementara masih valid lagi akaun Premium, saya teruskan cari drama yang berbaloi nak tonton di Viu. Pendapat saya, drama ni unik. Ji Sung perlu berlakon 7 watak kerana dirinya ada 7 personaliti.


Sinopsis

Kisah lelaki yg menghidap penyakit DID (multiple personality disorder). dia ada 7 personality yg boleh berubah ikut emosi. Kalau marah, jadi watak panas baran. Kalau seronok, jadi remaja perempuan. Boleh jadi budak2, pakcik2, and macam2 lagi. Dan perempuan ni pulak jadi mangsa ketujuh2 personalities ni. so macam mana dia deal dgn perangai sorang2? Semasa di Korea dan nak berkerja untuk syarikat keluarganya, dia perlukan doktor peribadi yang merangkap setiausahnya supaya boleh merawat penyakit dan dalam masa yang sama tak de sesiapa tahu berkenaan penyakitnya. Rupanya banyak rahsia antara mereka berdua


So macam mana lelaki ni boleh menghidap penyakit DID ni? Macam mana setiap watak tu boleh wujud? Dan macam mana pulak dia jadi normal balik?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...