Monday, November 29, 2021

Kedai Makan KinKin


Assalamualaikum,
Bulan Oktober lepas saya dan suami travel ke Changloon untuk menjamu selera di kedai ni. Kisahnya, husband nampak post kedai ni di Facebook. Katanya viral tapi saya tak perasan lak lalu lalang di wall saya. Saya pun study la menu yang ada di kedai ni. Tengok menu Thai, saya terus setuju. 

Kami pilih ke Restoran ni hari Khamis. 3.30 petang terus gerak ke sana. Kedai buka 4 petang. Kami sampai lebih kurang 5 petang. Masih ada meja kosong tapi bAnyak dah penuh. Lepas 10 minit air sampai. Saja ambil air lain-lain nak rasa je.

Kemudia makanan sampai. Ikan lambat sampai sebab staf yang ambil order terlepas inform pada tukang masak. Berkali-kali staf datang minta maaf. Sementara tunggu siap makanan kami tambah lagi 4 menu untuk bungkus bawa balik rumah. Total 8 menu kami order.

Yang makan 3 je. Nasi yang order bungkus gak. Menu- menu yang kami order beserta harganya adalah :

Menu dine in

Sirap hijau RM2
Teh O Ais RM1.50
Tembikai RM3
Daging Bakar RM10
Kao Pad Kra Pao Talay RM8
Keow Teow Tum Zaap RM8
Pad Kra Pao RM25

Menu take away
Pad Thai Talay : RM7.90
Kai Yang (kepak ayam bakar) RM7.90
Yam Mama
Tomyam

Semua sekali bayaran RM96.10
2 menu atas tu saya tak ingat dah harga. Selepas 6 petang ada yang nyanyi, cam live band di situ. Dekat kul 7 dah mula nak hujan. Nasib baik kami duduk bawah bumbung. Kedai tutup hari rabu. Waktu operasi 4 petang hingga 10 malam kot.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...