Monday, December 13, 2021

Review Filem : The Girl On The Train



Filem ini adaptasi dari novel. Ada juga filem versi Hollywood. Yang saya tengok ni Filem Bollywood.

Sinopsis

Mira Kapoor adalah seorang peguam yang berjaya. Ada suami yang sentiasa berada disisinya. Tetapi dalam sekelip mata semuanya berubah apabila mereka kemalangan dan kandungannya gugur. Disebabkan tekanan hidup, Mira ketagih kepada alkohol. Itu menyebabkan nya kehilangan pekerjaan dan suaminya menceraikannya. Satu perkara yang akan membuat Mira tenang adalah dengan melihat seorang wanita iaitu Nusrat di balkoni setiap hari semasa dia menaiki keretapi. Mira akan berkhayal tentang dirinya yang dulu, mempunyai suami penyayang dan hidup bahagia. Pada suatu hari Mira ternampak Nusrat dengan lelaki lain dan mengesyaki yang Nusrat mempunyai hubungan dengan lelaki tersebut. Mira menjadi tertekan dan marah kepada Nusrat dan berniat untuk menyerang Nusrat. Beberapa hari selepas itu dikhabarkan yang Nusrat hilang dan siasatan polis mendapati Mira mempunyai kaitan dengan kehilangan Nusrat.

Siapa bunuh Nusrat? 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...