Thursday, January 20, 2022

11th years wedding anniversary

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
1.1.2022 genap 11 tahun kami bernikah. Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Tak de plan apa pun seperti tahun-tahun lepas. Awal-awal husband cakap dah tak nak makan kat hotel. Nak p jalan-jalan pun sekarang cuaca tak dapat jangka dan masih cuti sekolah. Semua tempat pun ramai orang. Pastu saya ada la cakap nak photoshoot. Ikutkan nak buat last year tapi PKP. Husband cakap ok tapi hujung bulan 1. Dia tak nak pergi tempat ramai orang.
Saya pun saja la scroll Agoda dan Traveloka. Nak gak check in. 🤭🤭
Cari hotel yang ada ciri-ciri ni : 

  • belum pernah check in
  • bath tub dalam bilik 
  • masih kosong untuk date 31.12.21 - 1.1.22

Masa ni pasrah je. Kalau ada, ada la rezeki. Kalau takdak, jimat duit. Ada la jumpa few hotel yang menepati ciri-ciri. Cuma di Agoda dengan Traveloka tak tally bilik yang ada bathtub. Di Agoda ada bathtub, di Traveloka tak de tulis. So saya PM hotel di Facebook. Nak tunggu reply admin berjanggut la juga. Lastly saya book Bahang Bay Hotel selepas terima reply confirmation berkenaan bathtub.

Hotel ni tak pernah perasan pun kewujudannya masa lalu lalang di Batu Feringgi. Tapi tengok di Facebook, banyak government event di sini. Tawakkal je la stay nanti. Saya booking through Agoda. Traveloka tak de Cashback di Shopback, pastu kebetulan date tu Agoda punya harga lebih murah.

Bahang Bay Hotel

31.12.2021 - 1.1.2022
Rm404.97
Executive Suite
No breakfast

Check in 3 petang. Husband masih kerja hari Jumaat tu. Tunggu dia balik dari solat Jumaat baru kami gerak ke hotel. 4.10 petang gak baru sampai hotel. Jalan pun jem. Malam tahun baru la plak kan. Memang banyak kenderaan di jalan. Sampai je di lobi, saya je turun untuk check in. Ada 3 kaunter. Menunggu dalam 3 minit. Lepas bagi IC, tulis plat nombor dan sign terus dapat kad akses bilik. Masuk kereta dan parking. Parking sekitar hotel je. Konsep siapa cepat dia dapat. Turun kan barang dan ke lobi hotel. Welcome drink di sediakan. 

Bilik kami di tingkat 10. Naik lif perlukan kad akses. Bilik paling hujung sekali. Masuk bilik terus nampak sofa 2 + 1 seater di hadapan. Then katil dan balkoni. Balkoni seaview. Boleh nampak laut di seberang sana. Dinding di balkoni tinggi dan selamat. Kecil je balkoni. Muat la berdiri situ nak tengok view. Kerusi memang tak muat. Depan katil ada meja, kerusi dan televisyen. Kiblat ada ditunjukkan. Sejadah juga di sediakan.  

Kemudahan asas bilik tersedia seperti lain-lain hotel iaitu hair dryer, iron, iron board, mineral water, kettle, tea, coffee set, safety box, mini fridge dan Side bed lamp. Dalam tandas ada berus gigi, shaver, sikat, sanitary bag, shower cap, shower gel, shampoo, conditioner dan lotion. Semuanya size kecil. Apa yang saya belajar, kalau bilik shotel ada bathtub kena bawa extra shower gel sebab semua suka mandi tub penuh buih. Bagi saya takde masalah dengan shower gel sebab saya bawa extra. 

Sampai je bilik Anas Auni request nak mandi tub. Sementara diorang mandi, saya kemas barang dan husband keluar cari makan area teluk Bahang. Husband belikan nasi goreng dan mi goreng. Banyak je kedai makan area sini. Foodpanda cover kedai chinese je. Keluar memang jalan sesak. Dari atas bilik boleh nampak kereta banyak kawasan sini. Lepas solat Asar, Anas request nak mandi pool lak. Turun la pula pergi pool 6.30 petang. Jakuzi pun ada. Ramai la jugak yang mandi pool. Gym pun ada di hotel ni. 

7 malam naik bilik. Diorang sambung mandi tub lak. Lepas solat Maghrib husband keluar beli McDonald's. Itu je yang mudah dan cepat. Kedai-kedai lain semua penuh pelanggan. Mungkin lambat nak tunggu makanan siap. Jalan jem. Lebih sejam juga baru husband sampai bilik. Anas bising lapar. Nasib la ada beli jajan dan roti. Itu la yang diorang ulang alik makan sementara tunggu makanan sampai.

Dah makan kenyang, kami tengok televisyen. 10 malam dah nampak bunga api. Kami tunggu sampai 12 lebih gak tengok bunga api. Lepas tu tidur. Best bilik ni nampak keliling pemandangan sekitar sini walaupun awalnya saya ingat tak nampak view sebab bukan direct dengan laut.

1.1.2022 Sabtu

Tak de breakfast untuk check in kali ni. Kejutkan Anas Auni. Biar diorang berendam dalam bathtub. Saya kemas pakaian dan barang. 11.45 pagi turun check out. Masa check out dapat biskut 2 pack. Anas request nak pergi kids club. Biar diorang main di kids club dan husband simpan barang dalam beg. Kecik je kids clubnya tapi ok la seronok je bebudak ni.

Ada juga khidmat basikal untuk pusing sekitar sini. Free je. Tapi masa nak check out habis dah basikal orang ambil. Kami terus keluar nak cari makan. Saya ajak husband pusing ke escape. Ramai orang kat escape. Ingat nak bergambar. Terus ke Taman Negara Teluk Bahang. Lepak situ makan laksa dengan rojak. Anas Auni makan ais krim sambil tengok air terjun. Lepas makan kami gerak pergi Gurney Paragon. Jalan-jalan situ beli BBW pastu masuk seberang. Kami makan di Bangkok Station. Menu biasa kami order. Siakap stim limau. Tak de apa yang istimewa. Kami bahagia cara kami ☺️


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...