Wednesday, August 3, 2022

Staycation 2/2022 - Pulau Redang, Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pulau Redang antara destinasi yang saya teringin nak pergi. Tetapi memandangkan Covid19, kewangan dan keadaan kesihatan, trip ke Pulau Redang tertangguh. Ikutkan nak pergi 2021 tapi cam kelam kabut sebab saya tak de buat survey apa pun. Lastly decide pergi lepas Raya 2022

2017 - Pulau Perhentian

2019 - Pulau Kapas

Perbelanjaan
Resort Pulau Redang : RM975

Chalet D'Rimba Jeti Merang : RM130

J Suites, KT : RM130

Minyak : Rm61.50

Parking Jeti Merang : RM15


Awal tahun 2022, saya dah mula buat survey cari agent dan chalet. Ada juga minta suggestion dari kawan saya yang stay Terengganu, chalet mana yang ok. Saya nak Chalet yang dekat dengan laut cam Pulau Kapas. So, senang nak main air, mandi, main pasir kalau saya / suami mabuk laut. Lepas jumpa Agen terus bagi date dan bilangan orang. Agen terus suggest Redang Lagoon dengan itinerary. Lepas discuss dengan husband, terus bayar deposit. Ni invoice saya :

Weekend Trip
3D2N Free & Easy (No Snorkeling)

Dewasa : RM310 x 2 = RM620
Kanak-kanak : RM150 x 2 = RM300
SST : RM55.20
Jumlah : RM975

Pakej ini include :

Tiket Bot pergi balik Jeti - Pulau Redang
Sarapan x 2
Lunch x 2
Tea x 2
Dinner x 2
Bilik Aircond
Covid19 test kit  ❌ dapat pun

Bayaran booking RM600. Baki dibayar 2 minggu sebelum pergi. 

26/5/2022 - Khamis

Kami bertolak dari rumah jam 8 pagi. Stop breakfast di Padang Serai. Ada la stop ke toilet 2 kali. Anas Auni tidur. Masuk Jeli 12 tengah hari. Masing-masing lapar. Husband stop kedia tepi jalan beli ayam goreng dan corndog.



Then nak beli air kat. Stop kedai tepi jalan. Nampak menu cam best. Terus stop lunch. Menu kami cam bawah ni. RM26.50 harga semua termasuk air.



Semuanya sedap. Kedai ni masih baru rasanya. Open space dan selesa. Lepas makan kami teruskan perjalanan. 3 petang iaitu selepas 7 jam perjalanan, kami jumpa signboard Welcome To Terengganu.


Stop jap snap photo tepi jalan bukti dah masuk kawasan Terengganu. Lepas snap photo terus ke Besut. Destinasi pertama ke Pantai timur ni sebab nak melawat Masjid 8 Kubah. Sampai je Masjid kami solat Jamak dulu then baru bergambar. Kecil je dalam masjid. Orang pun tak de masa ni. Cuaca sangat panas kat luar. Nak snap photo memang tak dapat yang proper cun. 



Keluar dari Masjid, dahaga. Husband singgah nak beli air kat kedai tepi jalan je. Dia tengok menu harga semua murah dia ajak stop. saya kata kenyang. Anas Auni kata lapar. Anas makan bihun celup, Auni Maggi Celup. Masing-masing ingat yang tu bihun sup. Saya dan suami minum je. Air² kat sini semua manis. Jenuh top up air kosong. Husband habiskan bihun celup Anas. 



Lepas selesai di sini terus set maps ke Chalet. Tapi singgah la Eco beli jajan nak makan malam ni dengan di Pulau. Sebelum smpai chalet singgah tepi Pantai area Penarik untuk snap photo. Geram tengok buaian tepi laut. Elok je masjid pasang mengaji terus kami masuk kereta dan teruskan perjalanan. 7.30 baru sampai Chalet. 


7.30 petang Sampai ke Chalet. Chalet ni lak deal by WhatsApp je. Deposit apa pun tak bayar. Nombor fon dapat dari staf Pelibot Service yang saya deal nak Ke Redang. Sampai je terus call dan Whatsapp tapi tak berjawab lak. Saya assume tengah solat. Husband cakap tunggu sampai 8 malam. Kalau tak de reply kita cari tempat lain. Nampak banyak je guest house, motel lain area sini.


Dalam 5 minit ada seorang lelaki turun dari kereta. Husband pergi tanya dan dia tau kisah kami dah book sini. Ada 2 bilik kat sini RM150 dan RM130. Masa Whatsapp saya dah pilih nak yang murah sebab beza saiz je. Fikirkan datang sini nak bermalam dan awal² pagi dah nak gerak naik bot. Masa ni pun yang lelaki tu suggest bilik 1 lagi. Katanya beza RM20. Saya minta husband je decide. Husband pergi tengok bilik dan dia proceed je dengan RM130. Ada je ruang untuk solat. 


Bilik ada 2 katil queen, kipas, air cond, bilik air, towel dan sabun. Basic thing dah ada. Lebih dari cukup dah tu. Lepas mandi dan solat kami semua keluar makan. Kedai yang buka je kami stop sebab sebelum tu ikut maps kedai tak jumpa. Dah jalan jauh kedepan gelap lak sepanjang jalan. Patah balik stop je kedai yg nampak buka. Lepas makan,balik bilik kemas beg untuk esok dan tidur.


27/5/2022 - Jumaat


Lepas solat Subuh saya kemas barang. Kejutkan anak² dan prepare for check out. Lepas check out kami pergi breakfast. Stop je kedai yang jumpa dan tak ramai orang. Ingat nak try nasi dagang tapi sebab nak naik bot, tak berani la. Saya ambil nasi lemak letka timun dan telur untuk suap Anas Auni. Tu pun RM5. Husband ambil bihun goreng letak ayam goreng. Nasi rasa beras pulut. Cam manis² lemak. Auni kata sedap. Then saya habiskn nasi lemak.


8.30 pagi sampai Jeti Merang. Lepas masuk parking terus pergi jumpa staf yang saya deal untuk ke Pulau. Parking RM5 sehari tanpa bumbung. Kalau bumbung RM15. Tapi dah full. Ramai orang di Jeti ni. Masing-masing asing ikut owner boat. Toilet baru di buat. Bayaran 50 sen sekali masuk. Lepas register di Jeti, tunggu Bot sampai. 


9.05 pagi, bot gerak ke Pulau Redang. Bot tak laju tapi ombak kadang-kadang buat bot melompat-lompat tu mengerikan. Alhamdulillah selamat smapai Jeti Laguna selepas stop di Jeti Kampung hantar penumpang lain.


Di Jeti Laguna, kena naik kenderaan lain lak. Entah apa namanya tapi konsep cam buggy. Transport ni bawa kami dari Jeti Laguna ke Redang Lagoon. Tak best naik benda ni. Kalau siapa yang mabuk laut lepas naik bot, naik ni mesti muntah. Sampai Redang Lagoon pergi register. Bilik belum ready. Kalau dah ready staf call. Daapt sekali pamplet info berkenaan aktiviti sepanjang di sini. 


Setiap kali nak makan saya akan refer ke kertas ni. Sebba kami punya pakej free & easy aktiviti kami makan ja 😂


Semua tukar baju. Anas Auni pergi main pasir dulu. Lepas saya dah tukar baju, dapat call yang bilik dah ready. Saya pergi masuk bilik dulu. Katil bawah queen dengan 2 selimut dan towel. 2 tipan single di tingkat atas dengan selimut. Kat atas ada kipas dan 2 plug point. Toilet, shower with water heater di bawah. Bawah tangga ada 2 plug dan suis aircond. Boleh nak letak barang di rak 2 tingkat bawah tangga tu. 


Dah tengok keadaan bilik, lapor ke husband. Dia tak nak simpan beg lagi, Nak pergi tengok anak-anak kat pantai. Kami tinggal je beg di pondok. Depan pantai ni banyak pondok-pondok. Boleh je nak makan dan ambil angin kat sini. 


12 tengah hari ajak anak² naik makan tengah hari. Kami antara yang terawal makan. Lepas makan nampak ramai sangat orang. Untuk hari pertama, lunch ada nasi putih ayam 2 jenis masakan, ikan goreng, daging 2 jenis masakan, 4 jenis masakan sayur, tomyam dan Air oren. Air panas dan air masak memang ada 24 jam.


Lepas makan tengah hari, masuk bilik mandi dan rehat. Paksa anak-anak tidur. 3 petang bangun solat Jamak dan keluar untuk minum petang. Simple je minum petang. Cucur kembung dengan cucur bawang. Pastu air teh o dan green tea boleh buat sendiri. Bahan² di sediakan. Yang dihidang teh tarik je.


Lepas minum petang, kami masuk bilik tukar baju dan jalan² sekitar pulau. Saja pusing tengok chalet lain dan view kat sana. Kami lalu Redang Beach Resort, Laguna dan Redang Reef. Stop di Redang Reef snorkeling. Air jernih nampak je ikan kalau tak pakai goggles. Husband cakap tak best sebab pasir dalam laut tu ganggu nak snorkeling.


Dah puas mandi sini kami pindah ke Laguna lak. Sini meriah. Ramai sangat orang. Kami join the crowd je la. Rupanya 6 petang ada event lepaskan anak penyu ke laut. Sementara nak cukup waktu kami rehat di pantai. Anas Auni main pasir.


6 petang kami tunggu tepi pantai tengok anak penyu. Lepas tengok kami stop depan Redang Beach Resort. Ingat nak lepak tepi pantai sambil snap photo tapi banyak coral mati persisiran pantai. Cancel mandi kat sini dan kembali ke pantai depan chalet.

Mandi je sini sampai 6.50 petang. Pastu masuk bilik, mandi. Lepas siap semua mandi, kami pergi makan. Full house. Takde tempat nak duduk. Ambil makanan dan makan luar bilik. Malam ni BBQ. Nasi putih, bihun goreng, mi goreng, ayam, ikan, sosej, sotong bakar dan air asam. Sotong dan sosej staf yang letakkan. Air sirap dan air masak.


Lepas makan Anas Auni ajak jalan-jalan tepi pantai. Kami jalan ke Redang Bay, Redang Paradise dan Redang Pelangi. Atas dari tu tak larat jalan dah. Balik bilik solat dan tidur.

28.5.2022 Sabtu 

5 pagi saya dah terjaga dan tak boleh tidur. Lepas Subuh saya ke Cafe ambil air panas dan bancuh air. Lepak tepi laut dari gelap hingga cerah. 7 pagi ambil sarapan dan bawa balik bilik. Husband baru bangun. Tunggu dia siap solat baru kami makan sekali. Anas Auni masih tidur. Bungkus je nasi dan air untuk diorang.

Auni bangun dan ajak mandi. Kami 2 je turun mandi laut. Lepas 1 jam baru Anas dan husband join. Kami mandi sini je hingga 11.30 pagi. Pantai lengang selepas 10 pagi. Masing-masing pergi snorkeling. 

Kul 12 tengah hari pergi makan. Menu nasi minyak, ikan goreng, sotong masa merah, ayam dan daging ada 2 jenis masakan, Sup ayam, tembikai dan air oren. 

Dah kenyang makan, balik bilik mandi dan rest. 3 petang tetiba tiada letrik. Terus panas dan tak selesa. Solat dan duduk luar. 4 petang letrik ada semula. Minum petang sama cam semalam tukar bubur je. Pastu cam kenyang lagi. Minum air je. Teh tarik. 

Salin baju dan turun laut semula. Air surut sepanjang petang ni. Ramai pengunjung petang ni banding dengan semalam. Dari hotel lain pun datang lepak sini. Kami mandi smapai 6.55 petang. Bagi Anas Auni mandi dna main pasir puas-puas. Esok dah nak balik. Husband ajak minum air kelapa. RM10 sebiji.

Sambil minum, sambil tengok Anas Auni. Anas sibuk tangkap ketam, Auni sibuk berenang menyelam. Masuk bilik kami mandi dan tukar pakaian. Terus ke Cafe untuk makan malam. Menu nasi ayam malam ni. Suapkan Anas Auni makan.

Lepas makan lepak luar chalet. Anas Auni main belon, tengok kelawar dan main buaian. Ada la yang tembak bunga api. Tunggu gak kot ada fire show tapi tak de. 10 malam semua masuk tidur.

29.5.2022 Ahad

Lepas solat Subuh, kemas barang-barang dan pergi jenguk makanan. Bihun dan mi goreng. Pastu ada bubur, scramble egg, sandwich. Anas Auni masih tidur. Makan kami je dulu then tapau sikit untuk Anas Auni. 

9 pagi check out. Sebelum check out kmai pusing sekitar snap picture. Then tunggu traktor nak pergi Jeti Merang. Ramai nak check out dan traktor 1 je. 3 round juga baru sampai turn kami. Sampai di Jeti, bot dah ada tapi staf Chalet Redang Lagoon tak bagi naik. Katanya dah penuh sangat. Ye la, diorang tu penghuni yang naik traktor sebelum kami. Tak silap saya bilangan mereka dekat 40 orang.

Kami pun tak nak ambil risiko. Staf cakap ada bot lain on the way ke sini. Tapi selepas sejam, kami masih di Jeti hinggalah agen di Jeti message saya tanya saya di mana. Staf di Jeti Laguna juga call sana sini nk settle kan urusan bot kami. Lastly kami tumpang bot orang lain. Alhamdulillah selamat sampai. Dah sampai saya beli fridge magnet Pulau Redang di sini. Rm4 satu. Sama je harga di Jeti Laguna pun. Kalau nak beli, di Jeti Laguna lagi banyak pilihan. Jeti Merang nampak cam stok lama. 

Naik kereta dan masing-masing lapar. Husband set location ke Pantai Penarik. Nak makan celup tepung. Kami belum bincang destinasi mana nak pergi. Saya dah list down tempat nak pergi. Cerita dengan husband dan dia setuju. Di Penarik tak tau nak makan kedai mana. Ada yang penuh dengan konvoi motor. Kami singgah di kedai yang tak ramai orang. Sotong 2 ekor, udang 10 ekor, kopok losong, nasi goreng, air dan ais krim. Harga Rm66. Sotong tak fresh. Rasa cam reheat banyak kali. Keropok lekor sedap. Siap tambah lagi sekali.

Habis makan kami patah balik dan ke Kuala Terengganu. Sampai di Chinatown, stop kereta tepi jalan dan cari hotel yang available. 2 hotel yang saya shortlisted fully booked. Husband sebut nama hotel XX. Saya tengok di Agoda, baca², go through description dan book with full payment. Husband drive ke hotel. Anas tidur masa ni. Saya je turun ke lobi hotel. Ada staf lelaki. Mungkin masih baru. Dia check in kan saya di sistem dengan guide dari boss dia. Pasang loud speaker dan saya dengar perbualan. Dia Minta IC dan deposit RM50. Selesai semua dia suruh tunggu sebab bilik hanya boleh masuk 3 petang. Masa tu 2.45 pm. 
Saya tunggu di lobi, datang seorang lelaki cina tanya saya nak check in berapa orang. Bila sebut 2 dewasa 2 kanak-kanak dia reply child not allowed in our hotel. Dah tulis dalam policy. Saya terus buka Agoda dan cari policy. Saya baca policy tapi tak jumpa tentang itu. Dia suruh call Agoda dan cancel booking. Saya cakap T&C Agoda non Refundable. Rugi la saya. Kena keluar duit cari hotel lain lak. Dia kata, dia akan tolong. Dia tahu prosedur. Agoda yang salah. 

Cut it short, saya panggil husband untuk tolong saya on call dengan Agoda dan after 20 minutes selesai. Duit akan refund 3-5 hari bekerja. Kami dok dalam kereta, tengok maps, hotel yang berdekatan dan terus drive. 1 hotel saya ke lobi dan hanya tinggal premium. Agak mahal. Husna drive ke hotel lain dan stop depan J suites. Baru perasan kami pernah stay sini 2 kali before this.

Ke lobi, bilik masih available. Staf pun membantu. Siap upgrade bilik Deluxe dengan harga Superior. Tunjuk pas kerja, dapat diskaun lagi RM20. Mungkin ini hikmahnya dari kejadian tadi. Bilik dah ready, terus masuk. Tak bestnya, parking underground nak jalan ke lobi jauh la sikit. Dengan angkut beg segala. Kalau lif dari parking ke lobi better kot. Masuk bilik mandi, solat dan rehat. Anas Auni lapar. Husband keluar pergi beli makanan.

Lepas Asar, kami keluar nak tengok drawbridge. Cari port nak bergambar. Dah jumpa, bergambar, jalan ke food truck. Makan sekali kat sini. Tak de yang special. Menu cam Penang. Mahal sikit. Sampai bilik rehat, tidur.

30/5/2022 - Isnin


Lepas Subuh, kemas pakaian. Asingkan baju kotor, belum pakai. Senang balik terus campak mesin je. Auni demam. Husband ajak balik terus je. Banyak lagi tempat yang list down belum pergi. Nasib baik ada bawa ubat demam, cool fever. Mandikan Auni, bagi makan ubat. Check out dan terus ke Pasar Payang. Nak beli buah tangan dn cari beberapa barang. Auni tak nak jalan. Dukung gilir-gilir dengan husband. Jumpa food court, kami gilir cari barang. Makan sekali kat situ. Beli keropok (RM12 10 peket), baju kelawar (RM40 cotton, viscose cotton RM45), fridge magnet (4 RM10). Sotong fresh pun husband ada beli. Murah katanya.

Dari Pasar Payang kami guna laluan Pantai nak ke Kedai Sukaramai. Nak cari keropok lekor. Kedai ni owner kedai baju kelawar suggest. Masa ni jumpa kedai Firdausy jual celup tepung murah. Kedai nya betul-betul depan airport. Husband beli sotong, udang, keropok lekor. Udang biasa je tapi sotong fresh dan sedap. Ada juga husband stop beli kerang tepi jalan. Beli ais nak bagi kerang dan sotong fresh sebelum sampai Penang.

Di Kedai Sukaramai sya beli keropok lekor losong dan lain-lain. Main ambil je. Semua harga RM5. Keropok lekor cheese pun ada. Rm5 10 biji. Dh habis shopping keropok teruskan perjalanan. Seterusnya saya nak ke Kampung Mangkuk. Viral di FB port cantik untuk OOTD. Malangnya,habis sekampung pusing tak jumpa langsung. Tak nak buang masa, stop je depan tu bergambar.

Stop solat dan beli keropok keping di Bukit Bunga. Kami sampai rumah 11 malam.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...