Monday, October 3, 2022

Staycation 3/2022 : Taiping & Tambun, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Penghujung bulan Ogos keluarga saya bercuti di Taiping. Lama dah ayah saya sebut nak bawa semua cucunya ke Zoo Taiping. Last pergi 2016 masa Auni baru habis pantang. Masa tu 4 cucu. Sekrang dah 6 cucu. Masa saya dan suami pergi MITM bulan Julai 2022. Harga tiket ke Zoo Taiping ada diskaun 30%.
Dewasa : RM11
Kanak-kanak : RM6

Masa beli tiket belum plan nak pergi bila dan tiket lak sah laku guna hingga 12/2022. Beli siap-siap untuk semua orang. Dah beli baru kami plan nak pergi bila. Dah dapat date yang semua free, ayah saya minta saya cari hotel. Bulan Julai saya shorlisted beberapa hotel dengan harga. Silap saya tak terus beli. Masuk Ogos Harga bilik dari RM500+ dah jadi RM650+. Sudahnya tak dapat la hotel yang saya shotlisted. Cari hotel lain yang lebih murah. Pastu sedapkan hati. Check in Sabtu dah petang, lepas tu pergi makan, masuk bilik tidur. Esok pagi-pagi check out dan pergi Zoo lepas breakfast. Kejap je nak stay hotel, tak perlu amik hotel yang banyak bintang sangat. 

Finally, saya book Legend Inn Taiping. Book 3 Superior King Bed. Total harga semua RM347.32. 2 hari sebelum check in contact hotel dan bilik tersedia seperti yang di book. Perlu bayar deposit Rm50 setiap bilik dan perlu 3 Kad Pengenalan semasa check in.

27/8/2022 - Sabtu

Anas dan Auni ada hari sukan. Kami bertolak ke Taiping selepas tamat acara hari sukan. 12.30 Tengah hari gerak dari rumah. Stop lunch dulu. 2.45 petang sampai hotel. Terus ke lobi untuk urusan check in. Parking disediakan sekeliling hotel. Kena bagi nombor plat kereta semasa check in. 

Bilik semua dah tersedia dan boleh masuk. Setiap bilik dapat 2 kad. Naik lif perlu touch kad. Setiap bilik saya ambil katil king. Ada 3 kerusi. Selesa sangat.  Banyak ruang. Luas dan mudah nak solat. Almari dan mini fridge pun ada. Dalam fridge ada mineral. Kalau minum kena bayar. Drinkin water dan 3in1 pun ada free. Toilet asing dengan shower dan sinki. Luas jugak. Lepas solat, rehat. Biar je Anas Auni main dengan cousin. 

Lepas Asar kami keluar pusing Taman Tasik. Tapi hujan dah rintik. Masuk Yong Tau foo Balai Bomba dan lebat hujan. Lepas kami habis makan pun masih hujan. Ambil kereta terus balik bilik. Masuk bilik mandi dan solat. Tengok televisyen. Tak de aktiviti malam ni. 

28/8/2022 - Ahad

Bangun tidur, solat Subuh, kemas barang, kejut anak-anak, mandi dan check out 9 pagi. Sarapan di Pusat Penjaja, Taiping. Malangnya hanya 1 kedai melayu buka dan hidangan nasi berlauk. Sebab dah janji dengan adik jumpa jam 10, proceed je makan. Lepas makan pergi cari parking. Parking A dah full, masuk parking B dengan bayaran RM3. Lain-lain dah tunggu depan Zoo. 

10.15 pagi pergi ke kaunter. Sebab kami dah beli tiket di MITM, tak perlu verification. Terus ke entrance. Kami tunggu tramp. Naik tramp pusing 1 zoo. Habis pusing baru decide nak jalan-jalan explore. Kami stop di Orang Utan, memerang, Buaya, kucing hutan, Singa, Gajah, Ungka, Beruang Matahari.

Tak sampai 2 jam explore, ramai dah pancit. Tak nak pusing dah. So, stop dan keluar. Cari kedai makan. Plan nak makan di Doli Kueteow Goreng. Sampai depan kedai, kedai tutup. Adhock cari kedai lain nak makan. Jumpa Kenduri Village. Tak ramai orang. Mudah parking. Yang susah nya nak order. Order guna QR Code dan kena terus bayar di apps. Tapi internet slow jadi susah nak order. Terus order di Kaunter. 
Lama juga la menunggu air dan makanan sampai. Ada makanan yang langsung tak sampai. Rasanya tak tau la sebab saya langsung tak order apa-apa. Masih kenyang makan pagi tadi. Kami berpisah di sini. Seorang adik saya nak pusing Taiping. Lagi 2 kereta terus pulang ke Penang. Kami pula terus perjalanan ke Tambun. 

Perjalanan ke Tambun hujan. Husband drive slow je. Dia ngantuk sama. Stop RnR jap. Anas Auni tidur sepanjang perjalanan. 5.30 petang sampai Lost World. Terus ke reception untuk claim kad. Tunjuk resit dan saya dah isi siap-siap semua borang. Mykad Mykid tak perlu pun. Then staf panggil untuk scan ibu jari. Settle saya punya, call husband untuk bawa anak-anak lak. 

Kalau tak settle ibu jari petang ni, boleh buat esok tapi esok 12 tengah hari baru office buka dan Tambun buka 11 pagi. Masa ni hujan lebat. Lepas gilir-gilir berpayung semua, lepas juga. Settle semua kami cari kedai makan. Saya lapar sebab tak lunch. Husband nak makan ikan bakar. Kami ke Wan ikan Bakar Seafood. Order Siakap Bakar, Tomyam campur, nasi putih. Anas nak makan bihun celup. Siakap sedap. Tomyam pekat dan berminyak. Kurang sikit bagi saya. Rasanya order ikan saja pun dah cukup. Ikan datang dengan 3 sos berlainan.

Habis makan terus ke hotel yang Saya book masa di kedai makan. Tak banyak pilihan yang ada bila last minute booking. Saya ambil Golden Roof Hotel standar King dengan harga RM99.20. husband yang set location. Masa drive saya komen, kenapa jauh. Tengok di maps masa booking tadi dekat je. Di lobi baru tau kami silap cawangan. Yang kami booking Sunway, yang sampai tu Ampangan. Patah balik la kami dengan belum solat nya. Set location, 7.30 malam sampai. Deposit RM50. Masa check in dapat kad dan remote televisyen.

Bilik kecil je. Muat-muat untuk solat tepi katil. Ada televisyen, side table, hair dryer dan meja. Almari dan mini fridge tak de. Dinding bilik ada yang tertanggal wallpaper. Toilet asing dengan shower. Jumpa gumpalan rambut di shower. Water heater nak adjust susah sikit. Towel, toothbrush, shower gel disediakan. Toilet roll ada tapi baki orang sebelum nya. Sikit je. Bilik tingkat 1, guna tangga. Takde lif. Nasib la kami dah makan siap-siap dan nak check out awal esok.

29/8/2022 Isnin

Bangun pagi solat Subuh, kemas beg, baju. 9.30 pagi check out hotel. Beri resit untuk pulangkan deposit. Kami cari kedai makan area hotel. Makan siap-siap bagi kenyang. Makanan dalam LWOT mahal. Kami ambil nasi goreng, roti telur, roti tampal dan telur separuh masak. 

Dah siap makan terus drive ke LWOT. Kemas barang-barang je dah 30 minit 🤭 Sekarang beg check dekat luar. Buka je zip beg tunjuk ke staf. Tak de la staf check betul-betul pun. Di entrance ada staf tangkap gambar. Hulur je fon, staf tolong tangkapkan. Then diorang tampal sticker. Nanti boleh print kalau nak.

Sebab kami dah ada kad terus je masuk dalam. Touch kad di screen dan kena thumb print. Lepas tu baru di pakaikan gelang. Lepas pakai gelang ada staf datang nak snap photo. 

Sama la juga. Dapat sticker untuk print. Kami pun mula la explore. First saya naik buaian. Lepas tu teman Anas Auni naik carousel. 

Anas nak tengok Hippo, jalan la kami ke Hippo di hujung sana. Stop tengok tin valley, Hyena. Lepas tengok Hippo Anas Auni tak sabar nak mandi. Kami ke seksyen yang baru, Malayana Rainfortest. Masa sampai tak de pun orang mandi. Rupanya ada ular. Lifeguard tak bagi mandi. 

Dah tak boleh mandi, Anas ajak pergi Petting Zoo tapi husband tak nak masuk. Husband tunggu luar dengan Auni. Saya je layan Anas dalam petting Zoo. Seronok la dia jumpa rabbit, kuda, arnab, hamster, raccoon, binturong dan banyak haiwan lain.

Lepas habis pusing Petting Zoo, kami kembali ke Malayana Rainfortest. 2 jam juga la diorang berendam, main slide di sini. Husband lapar ajak turun cari makan. Sambil makan kmai habiskan masa anak-anak mandi. Kejap pergi sana, kejap pergi sini. 
Ikut je request Anas. Anas je excited nak pergi sana sini. Auni selesa berendam di air panas.

Husband lak bagi alasan nak drive balik. Nak rest. Saya la layan Anas ke sana ke sini.

Tak pe la penat ulang alik, asalkan anak-anak happy 


5.30 stop mandi dan tukar baju sebab belum solat. Selesai saya solat, husband punya turn lak. Masa ni dah hujan lebat. Kami redah je lari sampai kereta. Singgah beli old town white coffee di kiosk. Rm15 ada 13 sachet kot. Sebelum balik Penang singgah McD beli makan. Then terus straight drive ke Penang. Stop solat Maghrib je di stesen minyak. Smpai rumah 10.30 malam.



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...