Assalamualaikum dan salam sejahtera
Drama ni saya tonton di Disney Hotstar sebanyak 16 episod. Tak familliar dengan pelakonnya. Saja tengok episod pertama, agak slow dan saya teruskan kerana nak tahu endingnya.
Sinopsis
Mengisahkan tentang Han Yi-Han yang merupakan seorang pakar bedah elit.
Dia lulus di peringkat tertinggi sekolah perubatan terbaik di Korea Selatan dan dia pakar dalam dua jabatan iaitu pembedahan am dan pembedahan kardiotoraks.
Satu pembedahan telah mengubah hidupnya. Han Yi-Han percaya dia melakukan pembedahan itu dengan baik, tetapi pesakit itu meninggal dunia. Kemudian lesen perubatannya dibatalkan.
Empat tahun kemudian, Han Yi-Han bekerja sebagai peguam, pakar dalam litigasi perubatan. Dia juga cuba membongkar kebenaran di sebalik kematian bekas pesakitnya.
Untuk perbicaraan beliau, Han Yi-Han membela mangsa dan cuba menghukum mereka yang melakukan penyelewengan perubatan dan kecuaian.
Dia bekerja dengan seorang pendakwa raya, yang kehilangan ahli keluarga dan kekasih akibat pembedahan yang dilakukan Han Yi-Han.
Boleh la nak tonton kalau tak de pilihan drama lain nak tonton
No comments:
Post a Comment
Thanks :)