Monday, November 13, 2023

Review Drama : Revenant

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Drama 12 episod di DH. Bukan genre pilihan saya tapi adik saya recommend. Drama misteri seram ni pada saya agak seram walaupun hantu dalam dalam drama ni bukan jenis yang tayang muka buruk, terbang sana sini sambil mengilai. Drama ni pasal saka yang menempel di badan Sanyeong.

Sinopsis

Sanyeong secara tak sengaja mendapat saka selepas dia menerima barang dari mendiang bapanya. Bila dia pegang je barang tu, dia mendengar bisikan "dia dah terima" . Sejak itu, ada hantu yang menempel di badannya. Hidupnya jadi huru hara bahkan dia disyaki membunuh orang gara-gara saka tersebut . Hantu yang menempel di badan nya akan membunuh orang yang dia benci tanpa dia sedari. Untuk menghapuskan hantu yang menempel di badan nya, Sanyeong meminta bantuan profesor Yeom Hae Sang. Pelbagai halangan yang mereka lalui untuk menghapuskan hantu tersebut. Hantu tersebut ada pelbagai helah untuk mengelirukan mereka berdua. Ada plot twist dalam drama ni. 


Pada pendapat saya, drama ni seronok sebab drama ni bukan sahaja menceritakan kisah seram tapi buatkan kita meneka siapa hantu itu sebenarnya.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...