Saturday, August 31, 2024

Review Drama : 18 Again


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Drama Korea ni saya tonton di Netflix dengan 16 episod. Nice story, nice pace. not to slow not too rushing. Recommend.

Kisah suami isteri Jung Da Yung dan Hong Dae Young yang berkahwin di usia 18 tahun. Berkahwin muda kerana mengandung. Mereka lupakan cita-cita mereka dan terus bekerja untuk besarkan anak-anak. Suami lupakan hasrat nak menjadi pemain basketball dan isteri lupakan cita-cita nak menjadi wartawan. Selepas 18 rahun, mereka kerap bertengkar, masing-masing mengungkit dan isteri failkan penceraian. Masing-masing tmasih sayangkan keluarga dan pasangan mereka tetapi disebabkan ego dan tiada komunikasi, masing-masing memendam. Dalam masa yang sama, Dae Yoong di buang kerja. Akibat tertekan, Dae Young bermain basketball dan berharap dia kembali ke usia 18 tahun untuk dapatkan semula impiannya. Hasratnya tertunai dan dia kembali ke wajah 18 tahun tetapi mindanya masih di umur 37 tahun. Dae Young hidup dengan nama Go Woo Young. Dia bersekolah bersama dengan anak-anak kembarnya. Semasa hidup dengan identiti baru dia tahu masalah yang anak-anaknya hadapi dan betapa teruknya dia semasa menjadi ayah mereka. Dia cuba menjadi kawan kepada anak-anaknya dan juga isterinya. Dapatkah Dae Young kembali ke identiti asalnya? Adakah penceraian mereka diteruskan?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...