Wednesday, October 23, 2024

Review Drama : Geek Girl


Drama 10 episod yang saya tonton di Netflix. 1 episod dalam 30 minit je. Laju je boleh habiskan.

Sinopsis

Kisah tentang Harriet Manners, yang di label sebagai gadis pelik di Sekolah sebab tingkah lakunya yang janggal dari segi fizikal dan sosial. Dia ada seorang kawan baik, Nat. Kat sekolah dia selalu kena buli dengan Lexi dan Olive. Masa lawatan sekolah ke London untuk Fashion Week, dia dijumpai oleh egen model agensi, Wilbur dan Betty. Mereka menawarkan Harriet untuk menjadi model tetapi Harriet tidak berminat. Selepas insiden dihina dan dibuli di sekolah, Harriet mengajak Nat ke ujibakat model tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Harriet terpilih tapi dia merahsiakannya dari Nat. Show pertama Harriet di Kanada dan dia terpaksa memaklumkan kepada ayahnya, Richard. Ayahnya membenarkan dia ke sana tanpa pengetahuan ibu tirinya, Annabelle. Pelbagai adengan berlaku semasa pertunjukan di Kanada. Insiden di Kanada telah viral di sosial media. Bagaimana Harriet nak pulihkan semul hubungannya dengan Nat dan ibu tirinya. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...