Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Thursday, February 3, 2022

Januari 2022 - sample, freebies, goodies, hadiah giveaway dan contest

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak banyak barang dapat bulan ni.


1. Reload Umobile di Tesco




Dapat bekas makanan. Reload RM30 di kaunter customer service Tesco. Check dulu barang in stock ke tak. Kalau dah habis baik reload di Shopee/boost. Lebih jimat.


2. Sampel Maggi



Yang ni saya request di website kalau tak silap. Ada page sample yang saya follow selalu share produk tester dan sampel.


3. Sampel Ezerra


Request di Facebook.


4. Sampel perangkap lipas


5. MamaCubaTry King Cup giveaway contest


Selepas review produk King Cup dari Home Tester Club, saya terpilih terima hadiah. Selepas sebulan baru terima hadiahnya.


6. Sampel Physiogel


Request di Facebook.

Monday, December 20, 2021

November 2021 - Hadiah, giveaway, contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kembali kita ke post dapat apa free bulan ini?
🤭

1. Americano McCafe

Saya dapat baucar McCafe Americano selepas cucuk booster covid19 bulan lepas. Baucar tamat 31 Disember. Bulan ni saya redeem. Kena beli apa-apa menu then masa bayar tunjuk baucar.

2. Sampel shower gel Shokubutsu

Redeem di lin FB Shokubutsu.

3. Motherhood #MamaCubaTry

Register di website Motherhood dan saya antara 100 orang yang dipilih untuk terima produk ni.

4. Motherhood #MamaCubaTry

Register di website Motherhood dan saya antara 100 orang yang dipilih untuk terima produk ni.

5.  Sampel Libresse

Kali ni saya terim sampel panty liner Libresse.

6. Sampel Maggi tomyum

Husband tebus dan redeem barang guna point Boost. Bersama dengan barang yang di tebus, dia dapat juga maggi Tom Yam Kaw Extra ni

7. Yakult sticker and note book

Ada yang share di FB link untuk dapat gift ni. Dapat 2 keping sticket dan buku nota. Actually semua dapat 4 sebab saya register 4 alamat.

8. Top up Umobile

Bulan ni top up Umobile di Tesco dapat beg kasut.

9.  Mi Segera cap Keluarga

Ada orang datang hantar. Sebelum hantar dia call. Tapi bila ambil tak de plastik bungkus atau sticker dari siapa kepada siapa. Saya siap call balik nombor rider tanya betul ke dia hantar barang untuk saya. Dia cakap betul. Itu gift.

Monday, November 15, 2021

Oktober 2021 : Sampel, Goodies dan Hadiah Giveaway dan Contest

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Jom check hadiah apa saya terima sepanjang bulan Oktober.

1. Sampel Glucerna.

Request di FB kot. Pastu ada someone call untuk interview. Jawab few question after 2-3 minggu sampel sampai.

2. Sampel  Nutrimer Creamer

Rasanya request di Fb gak.

3. Nescafe goodie box

Ada post di Facebook minta bagi tagline kot pastu daat link untuk fill up details. 1000 yang pertama fill up dapat la box ni.

4. Ajinomoto Quiz

Ada dapat whatsapp untuk join live stream. Ada sesi kuiz dan saya antara pemenang kuiz sesi pertama. Hadiah tak ingat ak nak snap gambar. Dapat towel dan perencah nasi goreng.






Thursday, July 8, 2021

Jun 2021 - Hadiah, free gift, giveaway, contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


1. Sampel Masterfood


Saya pun tak pasti dapat camna. Request di link yang orang share di FB rasanya. 


2. Caring Spot & Win



Cari berapa produk yang tersembunyi. Dan saya antara 100 pemenang. 


3. Umobile 


Top up RM30 di Tesco dan dapat bento box. 

4. Sampel susu Anlene


Request di website Anlene. 

5. The Habitat Penang Hill


Giveaway di Instagram. Jawab soalan yang diberikan dan saya antara pemenang nya. 



Thursday, September 17, 2020

Semalam di Bayview Beach Resort


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ini kali kedua kami bermalam di BBR. Yang pertama semasa celebrate birthday husband tahun 2018. Kalau nak baca boleh tengok POST INI. Kali ni sebab menang contest. Saya menang tempat ke dua. Hadiahnya penginapan 2H 1M di Seaview suite. Sebabkan Covid19, maka lama tak cuti-cuti Malaysia dan nak jalan jauh pun tak berani. Maka, claim la hadiah ni untuk penginapan pertengahan September.



Bulan Ogos, saya email ke BBR untuk booking, beri sekali date yang saya nak check in. Dah confirm dapat booking ID. Mengikut email, saya kena print voucher dan bawa semasa check in. Plan nak top up lagi semalam tapi tengok harga cam over budget. Then terfikir, baik try hotel lain yang belum pernah stay. Discuss dengan husband dan dia proceed BBR semalam, hotel lain semalam.



12 tengah hari bertolak dari rumah. Singgah sana sini 2.30 petang baru sampai Hotel. Husband turun barang dan saya ke reception untuk check in. Bagi IC dan Voucher, kurang 5 minit dah boleh masuk bilik. Masuk bilik Anas Auni jelajah dulu. Tak sempat nak snap photo. Bilik lebih luas dari hotel-hotel yang selalu kami stay. Pintu banyak keluar masuk, tu yang Anas Auni suka.


Ada living hall with television and seaview balcony. Bilik tidur lak katil super king with partial seaview. Dalam bilik tidur pun ada television. Channel basic freeview dan radio. Tak de astro channel. Bilik air separate dengan bath tub dan toilet. Wardrobe depan toilet sekali iron. Lain-lain basic sama cam Hotel lain la, toiletries, kettle, hair dryer dll.



Masuk bilik rest dan solat. Anas Auni dah tak sabar nak mandi. Dah siap pakai swimwear, hujan lak. Bagi diorang mandi bath tub je dulu. 5 petang hujan dah reda, baru turun pool. Kat pool tak de SOP pun. Penuh je orang di tiga-tiga pool. Bila makin ramai orang, ajak Anas Auni ke pantai. Ramai gak orang tapi kawasan pantai luas boleh la berjarak. Anas Auni seronok la dapat main pasir dengan air laut.



Tetiba hujan terus kami lari naik. Nasib la hotel banyak sedia kerusi berpayung sekitar kolam. Boleh la berteduh tapi badan memang dah basah mandi pool tadi. Teruskan je la mandi hujan dan pergi baby pool. Mandi kejap baby pool, repeat kids pool sebelum naik bilik. Kat bilik sambung bath tub dan shower.



Lepas Solat Maghrib, keluar cari makan. Plan nak makan di Becha Lama. Sampai je sana dah tak wujud kedai tu. Kedai baru Tound Island. Orang ramai, rasanya kedai Mamak Raja Lawak sebab nampak dia kat situ. Patah balik cari kedai lain area hotel. Sepanjang jalan semua kedai ramai orang. Ramainya pelancong kat Batu Ferringhi malam ni.

Akhirnya jumpa kedai yang tak ramai orang, area Petronas. Kami order nasi goreng kampung, char kuew teow dengan nasi goreng ayam. CKT biasa je. Nasi goreng sedap. Cuma Nasi Goreng kampung bukannya nasi, ikan bilik dan kangkung. Nasi ada daging dan telur mata. Anas Auni mengantuk dah. Cepat-cepat makan nak balik bilik. Masa ni orang dah mula ramai.

Sampai bilik tidur. Nak tengok television pun channel basic dari freeview. Kami buka radio je. 


13 September 2020 


Lepas Solat Subuh buka sliding door tengok suasana pantai. Nyaman, indah dan tenang. Kejut anak-anak untuk breakfast. Kami dapat breakfast untuk 2 dewasa. Anas tak cas pun. New Norm tak de buffet. Staf datang tanya nak menu western atau Asia. Dah pilih Asian kena pilih lak nasi goreng ke char kuew teow atau bihun goreng. Western pilih roti bakar, croissant atau denise. Telur pilih fried, scramble atau apa ntah satu g. Juice orange atau epal. Hot water free fill. Buah memang serve by plate. Dah biasa buffet, bila kena pilih rasa cam tak puas lak. Padahal tak habis pun makan semua ni. Bila buffet boleh ambil banyak pilihan dalam kuantiti yang sikit. Memang akan habis la semua makanan. Yang bagusnya bila serve ala carte meja cepat kosong. Kalau buffet, lagi tak try semua menu, lagi tu tak bangun 🤭



Lepas makan, naik bilik tukar baju masuk pool semula. 2 jam je mandi pool sebelum sambung mandi bath tub dalam bilik dan ready untuk check out. 11.30 pagi check out dan terus cari lunch. Tak kenyang makan telur je pagi tadi.



Friday, August 14, 2020

Julai 2020 - Sampel, goodies, gift, contest dan giveaway

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Himpunan hadiah yang diterima selama sebulan. Akan post selepas tamat bulan tersebut. 

1. Instagram Si Kechik 


Tag 10 orang kawan, minta follow Ig mereka. Yang terakhir komen dapat Face mask untuk diri sendiri dan 2 orang kawan-kawan. Lagi 2 org kawan tu saya letak nama anak2 saya. So dapat la 9 mask untuk budak2 tu pergi sekolah nanti. 



2. TGV giveaway


Di FB TGV ada buat giveaway setiap hari jam 1 hingga 2 petang untuk TGV member club. Saya antara yang menang. 

3. Bayview Beach Resort


Giveaway di FB Bayview. Share gambar semasa stay di Hotel dan buat caption. Saya adalah 2nd winner. Boleh stay dari Ogos - November. Booking by email, dengan inform date bila nak stay. 


4. Sampel Susu Dumex

Bulan lepas dapat sampel susu, plan nak baginorang, husband cakap tak yah bagi. Bancuh je untuk dia pagi-pagi. So, request la sampel susu yang lain sebabnya kejap je habis sepeket ni. 

5. Give dari JKN


Ada staf datang bagi. Macam nak clearkan stok yang tak habis je. 😂




Wednesday, April 8, 2020

Mac 2020 - Sampel, goodies, gift, contest dan giveaway

Assalamualaikum,
Saya list down sampel yang saya terima sepanjang bulan Mac 2020 juga contest giveaway yang saya menang.

1. Touch n Go E-wallet


Teka movie berdasarkan clue yang di beri. 10 yg bertuah dapat tiket wayang TGV.

2. Sampel Kotex


Request di Facebook Kotex

3. Nutox


Request di link FB.

4. Sunway pals 


Beli jam. Tunjuk resit dapat free metal straw pastu redeem point sumway pals untuk air Starbucks.

5. Home Tester Club

Sampel diterima dari website HTC selepas jawab beberapa soalan.

6. Home Tester Club


Sampel diterima dari website HTC selepas jawab beberapa soalan.

7. Sumbangan


Sumbangan dari orang kenamaan sebab Covid.

8. Sumbangan


Sumbangan orang ramai sempena covid

Dah PKP ni contest pun sendu ke saya yang malas explore. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...