Showing posts with label kdrama. Show all posts
Showing posts with label kdrama. Show all posts

Saturday, May 14, 2022

Review Drama: Move to Heaven

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Drama 10 episod saya yang tonton di Netflix. Worth to watch.

Sinopsis

Han Geu Ru bekerja dengan ayahnya, menguruskan barang-barang si mati, Selepas ayahnya mati, muncul pak ciknya yang dia langsung tak pernah tau kewujudannya. Pak ciknya di amanahkan untuk menjaga dan bekerja selama 3 bulan dengannya sebelum memiliki sebahagian harta peninggalan ibu Han Geu Ru. Seorang lawyer ditugaskan untuk menilai prestasi pak ciknya samaada layak atau tidak dia menjadi penjaga Geu Ru.Geu Ru actually ada penyakit, Aspager. Daya ingatannya sangat memukau.

Pelbagai emosi dirasai semasa menonton drama ni. Saya tak suka drama yang sedih tapi even sedih, storyline nya best.

Friday, May 6, 2022

Review drama : Juvenile Justice

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Drama 6/2022

JUVENILE JUSTICE (2022) - 
netflix 10 episode

Series ni berkisah ttg hakim2 mahkamah juvana yg menghakimi kes-kes berkaitan remaja bawah umur. Tiada kisah cinta atau anything yang tak logik. Kisah dunia sebenar kita. 

"Membesarkan seorang anak memerlukan satu kampung
Kita nak salah kan siapa kalau anak itu bermasalah? Sbb semua pihak pun salah. 

Benarlah kata-kata itu, anak yg dilahirkan ke dunia ibarat kain putih & tanpa dosa. tetapi ibu bapa, penjaga dan mereka yg disekitarnya lah yg membentuk keperibadian & masa depan anak-anak itu sehingga dewasa. 

Membentuk dan membesarkan anak ini adalah satu perjalanan dan bukan destinasi. Kita takkan dapat lihat hasil didikan anak-anak kita serta merta tetapi “produk” (anak) yg kita hasilkan itu akan nampak apabila mereka meningkat dewasa. Dan bila tika itu, tiada guna lagi kita nak betulkan atau lentur mereka lagi kerana kita dah terlambat… 

Ibu bapa wajib tengok cerita ni & ambil iktibar. Sebab pendidikan dan pembentukan anak semuanya bermula dari rumah & tanggungjawab ibu bapa.

semoga bermanfaat.

Monday, March 21, 2022

Review Drama : Mystic Pop-Up Bar

Drama ke3 saya tonton tahun ni.
Habis Manifest, rasa nak tengok cerita Korea lak. Cari genre fantasy di Netflix. Pilih drama ni. Biasa je. Tak la best sangat dan tak la bosan mana pun. Boleh tengok tapi tak ras anak ulang tengok.

Sinopsis 

Wol Ju anak pawang yang bercinta dengan Putera Mahkota. Sebab tak sama taraf, ibunya dibunuh dan dibakar. Wol Ju lak gantung diri di pokok suci. Roh pokok suci masuk dalam anak yang dikandungnya. Di alam kematian baru dia tau dia pregnant dn dihukum untuk selesaikan dendam 100000 manusia untuk selamatkan roh anak dia. Dalam tempoh 500 tahun dia cuba selesaikan tugasnya. Masa 10 kes terakhir tu ada macam-macam adengan terjadi. Dia minta bantuan Kang Bae untuk cepatkan tugasannya sebab Kang Bae manusia yang boleh buat manusia lain ceritakan masalah mereka bila disentuh. 

Sesuai untuk tontonan dewasa. Banyak benda mengarut.


Friday, January 14, 2022

Review Drama - The Uncanny Counter

Drama pertama saya tonton tahun 2022. Banyak kali gak trailer drama ni lalu lalang di netflix. Tapi tak rasa nak tengok pun. Sebab pelakonnya cam -_- 
Then, masa scroll down cari drama nak tonton, saja la klik. Ingat nak tengok 1 episod je dulu. Kalau tak best nak skip tengok yang lain. Eh, best plak sebab cam kisah superhero. Pastu ada kuasa. Saya memang suka tengok yang versi camni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...